pengikut
Wednesday, April 25, 2012
Manusia Itu Binatang.
Manusia Itu Binatang.
Saturday, March 31, 2012
Jalanraya Kubur Kanak-kanak
Jalanraya Kubur Kanak-kanak
Akhbar dan televisyen tidak mungkin akan terlepas daripada berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Malah yang lebih menyayatkan hati apabila ianya melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak bersalah. Tahap keselamatan kanak-kanak di jalanraya masih lagi di tahap yang minima walaupun pelbagai ikhtiar telah diambil. Saban hari, kempem keselamatan jalanraya sering kelihatan namun statistik tetap menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak di jalanraya masih lagi meningkat. Menuding jari kepada sesiapa bukanlah jalan penyelesaian yang elok. Cuba tuding jari ke cermin, dan tanya pada diri sendiri, adakah kita benar-benar pentingkan diri dan terleka mengenai keselamatan kanak-kanak di jalanraya.
Menurut laporan akhbar dan artikel yang telah dikeluarkan, kebanyakan kes kemalangan yang melihatkan kematian kanak-kanak adalah disebabkan kecuaian keluarga itu sendiri. Mereka sanggup mengabaikan dan mengenepikan keselamatan anak-anak meraka, walhal mereka tahu bahawa kanak-kanaklah yang senang memberi kesan jika sesuatu kemalangan berlaku. Akhbar Utusan pernah melaporkan mengenai kes Airien Wafa yang berumur 2 tahun, telah tercampak keluar daripada kereta dan mengakibatkan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian. Hal ini disebabkan kecuaian keluarga itu yang tidak memasankan tali pinggang keledar kepada kanak-kanak itu. Bukanlah menuduh, akan tetapi cuba memberi contoh dan memberi iktibar kepada rakyat yang lalai ini.
Tali pinggang keledar di tempat duduk belakang tiu bukanlah datang sebagai hiasan semata. Akan tetapi ianya patut di guna pakai kepada mereka yang duduk di belakang. Keluarga hanya memfokuskan kepada pemakaian tali pinggang keledar di hadapan sahaja kerana khuatir akan di saman polis. Namun kerana sikap itulah terjadinya kejadian kanak-kanak yang tercampak berpuluh meter jauh daripada keraka, tetapi ibu bapa tidak cedara parah kerana memakai tali pinggang keledar di hapadan. Adakah perkara sebegini yang kita mahu lihat di dada akhbar?
Satu artikel yang telah dikeluarkan oleh UNICEF berkenaan keselamatan jalanraya, yang menyebut mengenai ratusan ribu kanak-kanak maut akibat daripada kecederaan, dan kemalangan jalanraya. Di sini kita dapat lihat bahawa kes sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah, satu dunia mengendong masalah yang sama. Pada 2004 sahaja, 6000 rakyat Malaysia telah kehilangan nyawa akibat kecelakaan di jalanraya. Nah!adakah kita masih mahu berdiam diri dan biarkan graf kemalangan terus meningkat dan memakan nyawa lebih ramai lagi? Adakah kita juga mahu lihat kanak-kanak maut bertambah akibat kecuaian kita sendiri?
Namun, kesedaran itu boleh diibaratkan sebagai hembusan nafas. Mereka cuma menganggap berita dan akhbar itu sebagai paparan menarik yang memenui ruang akhbar dan berita di kaca TV. Walau sehebat mana kempem keselamatan jalanraya yang dilakukan, jika kesedaran itu tidak datang daripada diri sendiri, maka ianya sukar untuk membuatkan kita tersedar daripada masalah yang kian meruncing ini. Ibarat pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, sudah terasa baru ingin berubah. Tetapi, bukan itu yang cuba kita cari, bukan itu yang cuba kita mahu lakukan. Sudah terlibat dengan kemalangan baru kita mahu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Cuba kita berubah mentaliti dan pandangan stereotaip kita kepada sediakan payung sebelum hujan. Mungkin dengan itu, barulah keselamatan kanak-kanak dijalanraya boleh ditingkatkan.
Ingatlah, kanak-kanak itu bakal menjadi pemimpin masa depan. Kita seharusnya menjaga dan mencorakkan mereka sebaik yang boleh. Mungkin, dengan kelalaian kita itu, kita akan kehilangan pemimpin dan tokoh pemikir agung untuk masa hadapan. Bukanlah perkara yang berat untuk berjaga-jaga di jalanraya. Jalanraya itu bukan kubur yang sempurna untuk kanak-kanak.
Thursday, March 29, 2012
bina hubungan akal minda yang lebih bermakna daripada merapatkan hubungan yang sedia ada.tapi palsu cuma.
bina hubungan akal minda yang lebih bermakna daripada merapatkan hubungan yang sedia ada.tapi palsu cuma.
baca nada anda.
baca nada anda.
kalau belajar untuk dapat jubah?
*hembas nafas, mengeluh*
fikir katanya di luar kotak.tapi cuma bising menguak katak.
tuding jari tengah.kata aku kuat bentak.
diri sendiri benak.otak tak guna buat fikir sejenak.
duduk diam saudara.
tenang.
duduk dalam kasut lain baru tahu rasa susah bergerak.
kau kuat bising!
anjing bising sebelah pun tutup telinga kau kuat berdesing!
menyalak kuat fakta tak sampai cuma lolongan hebat.
bau sampai tapi tak tahu mana usul jadi.
mulut sama bontot.sama kuat masa kau berbunyi.
kadang.
hidup ini sempurna.
untuk kau kerana kau fikir kau di atas selama.
untung.
sebab kau rasa raja.
rugi.
sebab kau jadi diri sendiri punya hamba
kau jatuh.orang gelak.
kau atas.orang elak.
kau tengah.orang semak.
kau hilang.orang teriak.
tepuk.tepuk.tepuk.
mabuk sampai beguk.
hai lah badan.hai lah nyawa.
untung P Ramlee dah guna.
ini tidak adil.ini tidak adil.
kini masuk pula Yuna.
badan nyawa?memang semua tidak adil untuk semua.
lain terbit.lain tulis.
untung sabit.dapat pitis.
cuba simpan.tapi?kapitalis!
ptuih!raja komunis!sama semua!
rakyat akal bagus.masih mengemis.
Friday, March 23, 2012
semantik.
semantik.
terus gigih.
walau bukan menulis dengan tutur Aristotle.
namun aku bangkit tulis dengan gaya tulus secara total.
Gerak tangan tulis berubah dari mengukir kepada menulis.
sekarang kalam tidak lagi jadi sebagai instrumen.
berubah dimensi ketukan papan kekunci tanpa henti.
malam tadi aku mimpi.
mimpi keras.tapi.
basah di hujung.
jika otak kamu berfungsi rapi.
kamu akan mengerti tersirat mimpi fantasi.
mimpi aku bukan mimpi kosong.
ya.aku tahu aku cakap kosong.
tapi mimpi aku.aku terbang.terbang sampai atas gunung.
terjun terus masuk lubang lombong.
nah.
kau baca?
iya.aku memang bohong.
aku menulis A.aku mahu itu jadi A.
tapi kadang ada maksud A itu bukan A pada waktu A itu menjadi A.
Korzybski dan Aristotle tak pernah sefaham sebulu sekufu.
Semantik satu erti.Makna dan estatik.
Ramai terpinga.membodoh.tapi aku suka.
lain yang ditulis.lain punya makna.
mimpi sama tulis.
tulis sama mimpi.
kau lain jenis.
kau lain erti.
Hayakawa ikut sama.
terus membawa prinsip yang 3.
tambah sini sana.
tambah pengikut untuk berjaya.
Makna tulisan bukan terhad di minda penulis.
Ramai mengaku pandai menulis.
tapi tak ramai tahu apa itu penulisan yang magis.
Satu.kau buta.
Dua.kau lupa.
Tiga.kau kata.
Empat.kau dusta.
Lima.kau cipta.
Enam.kau siapa?
Tujuh.kau tanya.
Lapan.kau mula.
Sembilan.kau karya.
Sepuluh.kau bangga.
Thursday, February 9, 2012
Teori Evolusi Itik
Teori Evolusi Itik

Saya akan menceritakan satu teori yang sangat praktikal untuk digunapakai dalam permasalahan yang sering berlaku di masa kini. Masalah yang ingin dikaji adalah adakah perempuan akan berevolusi menjadi itik? Adakah kita patut menghubungkaitkan teori Evolusi yang dikeluarkan oleh Charles Darwin?
Mungkin ramai yang tidak sedar akan terjadinya evolusi terbaru ini, dan ianya hanya berlaku dikalangan kaum perempuan sahaja. Kajian mendapati hanya sebilangan kecil sahaja kaum lelaki akan berevolusi menjadi itik. Namun kajian juga telah dijalankan bahawa lelaki akan berevolusi juga menjadi sesuatu yang lain. Kajian terhadap kelakuan itu masih ditahap awal.
Di sini saya akan menceritakan simptom-simptom perubahan kelakuan dan juga fizikal perempuan yang menyebabkan saya mengeluarkan pendapat sebegini.
1) Gambar muncung itik -
imej ini menunjukkan tahap muncung itik yang profesional dan ditahap kritikal dan tidak dapat dibendung.2) Jalan mendada dan bontot menonggek.
Simptom kedua ini dapat dilihat diperkarangan perbandaran seperti Kuala Lumpur. Kita akan disajikan dengan pelbagai jenis lurah depan dan belakang. Simptom ini diibaratkan sebagai fasa kedua untuk mereka berubah menjadi itik. Jika kita ambil contoh itik itu sendri, mereka akan kelihatan berjalan dengan mempunyai dada yang besar, dan punggung yang mengiurkan. Mereka akan berjalan tergedek-gedek dan cuba mendapat perhatian ramai dengan punggung mereka yang tergelek-gelek. Cuba kita mengaplikasikan dengan perbuatan perempuan zaman sekarang, NAH!anda tidak akan dapat nampak perbezaan yang nyata. Hal ini kerana mereka telah berevolusi sedikit demi sedikit menjadi itik. Mereka juga telah mengaplikasikan tonggek itik ini apabila mereka menaiki dan menunggang motosikal bersama kawan-kawan atau pasangan mereka. Adakah mereka sengaja ataupun kerana mereka susah berada difasa dua evolusi ini? Adakah perkara satu perkara positif ataupun negatif?
Imej menunjukkan tahap profesional penonggekan di dalam fasa kedua menjadi itik. *maaf, imej agak propa*3) Jalan beramai-ramai seperti itik pulang petang.
Perkara ini sekali lagi kita akan lihat terjadi di bandar-bandar pesat membangun. Hal ini kerana, mereka akan lebih rasa diperhatikan apabila mereka berjalan secara berkumpulan. Mereka akan lebih rasa gah dan bangga dengan aset mereka yang membonjol itu seperti bibir, dada, dan punggung mereka. Mereka cukup bermegah dan berjalan beramai-ramai dengan kasut tinggi sehingga satu KL dengar bunyi 'heels' mereka itu. Dengan berbekalkan aksesori yang tidak munasabah, mereka akan membuat sesi bergambar 'profesional' mereka dengan berbekalkan DSLR mereka itu. Nah, disinilah kita akan lihat munculnya fasa pertama dan fasa kedua untuk mereka berevolusi menjadi itik.
Imej menunjukkan sekumpulan perempuan yang hampir berevolusi menjadi itik. *imej bukan gadis melayu*4) Sewaktu bercakap, mereka akan cuba cakap sekuat mungkin.
Perkara ini akan berlaku jika mereka di dalam puak mereka sendiri. Mereka akan lebih kuat bercakap dengan bersuara lantang. Seperti itik, itik akan lebih kuat bunyi 'quack' nya apabila mereka berjalan di dalam kumpulan. Pengaplikasian ini amat jelas dan nyata apabila sekumpulan perempuan duduk sekali dan mula bergossip. Sambil mereka bercakap sambil itu mulut mereka akan termuncung-muncung kerana begitu asyik bercerita. Sekali lagi, mereka akan memuncungkan bibir mereka apabila bahan atau orang yang mereka ceritakan itu lalu di hadapan mereka. Nah, sekali lagi anda lihat, transformasi mereka menjadi seekor itik yang sangat jelas. Jika itik dikaitkan dengan 'quack quack'. Mereka pula dikaitkan dengan 'potpet potpet'
Simptom-simptom lain masih dikaji oleh lebih ramai lagi pengkaji untuk mengetahui sejauh mana fasa-fasa mereka telah terevolusi untuk menjadi itik. Mungkin selepas ini, jika sudah sampai fasa yang terbaru, mereka akan menyapa kawan-kawan mereka dengan perkataan 'quack'.

Imej menunjukkan tahap kritikal apabila terlalu ingin menjadi itik walaupun belum sampai seru.
Imej menunjukkan apa yang akan berlaku jika perkara ini terus berleluasa.Secara kesimpulan, marilah kita sama-sama muhasabahkan diri masing-masing, adakah kita mahukan evolusi ini terjadi?ataupun kita harus bendung bersama-sama?
p/s : dulum tuk sudur, undu yung mumbucu ukun turut sumu mumuncungkan bubur dun mulut undu *r u mad*?
Wednesday, February 8, 2012
catatan baru.
catatan baru.
Bukan apa, aku malas kalau aku setiap masa menulis karya, aku dapat rasakan yang sedikit sebanyak, aku mengeluarkan kata-kata klise yang acap kali didengar. Maka aku anggap penangguhan ini adalah satu proses utk aku mencari apa makna sebenar mencari sesuatu ilham itu.
*ambil nafas* (dah lama tak menaip)
Kadang-kadang, aku akan terlena dan terpana denga apa yang ditulis oleh sesetengah blogger mengenai kehidupan sehariannya itu. Selepas itu aku mula memberi komen 'kenapalah dia nak tulis pasal hidup dia sehari-hari macam diari, bukannya ramai ambil berat pun, yg tulis itu tak ada hidup lain, dan yang baca tu pun dah tak ada kerja lain ke'. Kemudian aku tersentak lalu *facepalm* rupanya aku dah pun membaca pasal kehidupan mereka itu, dan aku tergolong juga dalam golongan takda hidup dan kerja lain.
*geleng kepala*
Sekarang aku di bumi Qatar, melawat akak aku di sini. Memang ada berbeza kehidupan di sini, pelbagai perkara bidaah yang dilakukan di Malaysia tidak langsung dilakukan di sini. Mungkin itu cara masing-masing dan aku pun tak perlulah memberi komen dgn lebih mendalam takut juga tersalah cakap nnt aku pula dikecam teruk. Apa yang aku cuba sampaikan adalah di sini cara kehidupan agak sederhana tetapi barangan yang mereka pakai semuanya mahal dan berjenama. Tetapi aku sangat kagum kerana mereka langsung tidak jauh dengan Tuhan. Sungguh aku kagum dan bangga dengan orang di sini.
*tadah tangan syukur*
Penat dah tulis ni, walau tak panjang, tapi penat tu masih terasa.
Kalau ada karya baru, aku akan cuba buat kompilasi.
p.s : menulis secara serius.