pengikut

Tuesday, August 28, 2012

rabak.


Share/Bookmark
Tenang usah gusar, kini datang abang besar.
 Jalan bagai perang orang Gasar.
Tunjuk tayang badan gantang,
 lalu jangan pandang, 
kalau jeling parang melayang.
Mata garang, senyum kelat.
nampak awek sendat jaga ketat-ketat.
 Malam tiba usung sampai dapat. 
pasti jerit, KUAT!
Kisah tetap sama. Rahsia tetap rahsia.
 Esok buncit baru cari nenas desa.
Cerita berulang. kau juga sama ulang.
 Sampai rabak, sampai koyak. 
Sampai kau tak tahu kata 'tidak'.

Saturday, August 25, 2012

Rahsia Dunia.


Share/Bookmark
selamat datang.
aku masih lagi di sini masih lagi menjulang.
nama bahasa,nama bangsa cara ku sendiri aku hidang.
kalau salah, tegur, bukan bentak berang.
kita punya akal moden, bukan bangsa  kuat perang

bintang enam kumpul masa untuk korek harta.
tak gentar ditegur kerana punya kuasa dunia.
Mata Satu mainan mereka,kertas nilai jadi agama.
sanggup buang negara asal jangan pecah saudara.
asal dapat hapus ajaran Al Anbiya.

Butir kata lagi pedih dari peluru.
namun ia tidak membunuh terus di situ.
Tapi mereka akal pendek tidak bermutu.
Tutup mulut.terus bedil anak dan ibu.
Kutip tanah.bina rumah mereka yang baru.

Pedang hunus tunjuk kuasa rahsia.
Punya propaganda agenda dan pegang media.
Perang dunia dari awal hingga kita itu patung mereka.
Hitler dikata jahat walhal itu tuduhan mereka.
George Bush sama lahanat tapi tidak dicerca?

Segitiga kini kawal dunia baru.
Bawa Aturan Dunia Baru.
walhal bumi bulat sfera dari dulu.
Macam Columbus mula datang dengan niat era baru.
Anggap dia raja walhal penduduk dan lama hidup mati di situ.

Teks sejarah aku dah lama bidas dan tolak.
Mana mungkin Adam Hawa hidup daif dan benak?
Darwin dan Hawkin jadi imam dulu dan kelak.
Walhal Big Bang sendiri wujud di Karim sebelum dicetak.
Tapi agama di tolak sains dijulang disorong masuk otak.

Saturday, August 18, 2012

Syawal Sepi


Share/Bookmark
Aku cuba hindar,aku cuba halang.
namun timbul lagu ia kata pasti menjelang.  
cukup satu bulan.budak mahu awal.
bulan kita rai.kita sambut bulan Syawal
Aku rasa sama macam  rasa awal dahulu
tiada yang lain, hari ubah dan jam tukar waktu.

Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal.
Kata Malique.lepas aku rasa ditinggal.
seorang.sendiri.
aku masih maskulin cuma rasa benci.
tak tahu beza, apa benar apa batil.
apa ilusi dan apa pula yang zahir.
Raya tidak sama, bila kita tiada.
Dulu masa kita sama-sama, rasa mesra genggam jiwa.

Selamat.aku ucapkan.
kita tidak bersama, tolong maafkan.
kau terbang bukan hilang.
jika kau pulang.
ku sambut bagai raja di julang.
bukan mahu dibangga.
cuma mahu bingit, bising, meriah semula.
macam dulu kala.masa kita muda.iya masa kita muda.

Bulan pasti hadir walau aku tahan.
aku tolak.pakai jiwa pakai otak pakai badan.
sedih tetap datang.fikiran melayang.
saji atas meja tak terusik, aku sorang.
Mana mungkin habis.mana mungkin sepah.
Tiada budak sentuh.lauk kuah tak mungkin tumpah. 
Walau kadang aku suka.
Namun aku rindu tangis tawa.

Tulis pakai hati.cakap lidah pisau.
aku mula rasa aku kuat macam rimau.
tapi dalam, nangis anak kecil suruh balik.
aku mahu dia.dia tidak balik.
walau penat ku jerit tapi suara pantul balik.
suara echo kuat.jerit jual kain.
kerna mulut cakap lain, tapi hati lain.
biar ku simpan di gobok.sampai tahun depan punya raya aku sorok.

Sunyi,sepi.takbir itu panggil buat rasa aku benci.
tawa ku hilang,sedih pula menjelma.
tangis timbul sedu sedan air mata.
tahan sesak nafas mata merah.menyala.
iya.bukan aku suka.
tidak pula benci.
namun peneman kala sunyi.aku sepi.
sendiri.aku ulangi.aku sendiri.(3x)