pengikut

Wednesday, October 27, 2010

terima kasih bintang


Share/Bookmark

kepadanya.kau hanya ucapkan tiga patah perkataan untuknya dan melihatkan kau dan dia sedang tersenyum bergembira.dan menjawab segal persoalanku..kepadaku.kau perlu mengungkap bermadah berpuisi dengan begitu indah.tetapi isinya lebih melihatkan kau menderita bila aku dan bersama.oh.itu memang menjawab persoalanku. terima kasih bintang.

Sunday, October 24, 2010

noktah.koma,tanda seruan!tanda soal?


Share/Bookmark
tiada noktah dalam percintaan.cuma wujud 'koma',tanda seruan' juga 'tanda soal'..bila 'koma',,bermakna ia mungkin berhenti tapi cuma seketika untuk mengambil nafas mengambil masa..bila 'tanda seruan',,bermakna kadang2 bercinta mesti ada marah dan garangnya.ada tengking dah meninggi suara..bila 'tanda soal'..bermakna cinta itu sentiasa didalam keraguan dan persoalan..tiada yang pasti dalam percintaan.keraguan itulah pembangkitan syang antara insan

Monday, October 18, 2010

aku tetap bayang - bayang walau kau cuba hilang


Share/Bookmark
aku bayang - bayang
kau berdiri seorang
menangis bergenang
berderai tetapi terhalang
agar tidak dilihat sang 'bayang - bayang'
kerana kau seorang badang.
badang di mata bayang - bayang
goyang di hati seorang
rindu peluk cium bayang - bayang
rindu gelak senyum bayang - bayang
rindu kata merdu bayang - bayang
rindu tari dansa bayang - bayang
mengapa kau cuba mahu hilang?
mengapa kau lari tak pandang belakang?
mengapa kau tidak ke pangkuan untuk pulang?
mengapa kau menyendiri berseorang?
adakah kau lupa kau ada bayang - bayang?
adakah kau lupa kau bukan berseorang?
mungkin kau omong kosong dan temberang
kerana kau tetap memerlukan aku sebagai bayang - bayang

Saturday, October 16, 2010

gejala sosial atau jelaga pemikiran masyarakat?


Share/Bookmark

GEJALA SOSIAL MASA SEKARANG

Lampu berkelip – kelip, suasana gelap dan terang bercampur aduk, irama musik berdentum memekakkan telinga dan dirasai sampai ke dada – dada pengunjung. Mata lelaki tidak terlepas daripada gadis – gadis yang melintas. Bibir mereka tidak pernah lupa dengan puntung rokok dan tangan masih memegang gelas minuman. Badan terhoyong – hayang mengikut rentak irama musik.

Mungkin itu adalah stereotaip pemikiran manusia tentang hiburan di kelab – kelab malam dan memang tidak dinafikan kemungkinan peratusan itu adalah sangat besar untuk perkara itu berlaku. Kita juga sering dikaitkan kelab malam dengan remaja tidak kira jantina. Adakah benar mereka ini jadikan kelab malam sebagai pelepas geram dan tekanan yang dihadapinya?

Tetapi tahukan anda bahawa tidak semua remaja yang memasuki kelab malam hanya ingin mabuk dan mendapatkan perempuan. Gejala sosial yang sering di katakana itu hanya mengambil beberapa peratus sahaja tetapi sering dikaitkan dengan seluruh komuniti remaja yang ada.Adakah itu tidak dikatakan berat sebelah terhadap remaja yang hanya inginkan hiburan dan ingin menari semata – mata?

Remaja sering dikaitkan dengan gejala – gejala yang tidak senonoh dan tidak berfaedah. Mungkin mereka lupa yang mereka juga pernah menjadi remaja di waktu dulu. Mereka juga pernah merasai ‘zaman kegemilangan’ sebagai seorang remaja dan patutnya mereka yang sering menuduh remaja itu selalu melakukan perkara tidak berfaedah ini harus melihat pada diri mereka sendiri pada waktu muda mereka.

Zaman remaja adalah zaman pemberontakan yang hadir akibat hormon yang tidak stabil akibat proses tumbesaran yang dialami oleh setiap remaja. Dengan hadirnya hormon andrenalin yang berlebihan maka mereka ingin sesuatu yang teruja dan boleh mengembirakan mereka dengan itu maka lahirlah hormon euphoria. Dengan terdapatnya hormon – hormon ini, maka salah satu tempat untuk mereka berhibur adalah kelab malam.

Memang tidak dinafikan dengan adanya pengaruh kawan maka mulalah mereka cuba merokok, cuba mengambil alcohol, dan terakhir cuba mengambil dadah. Akan tetapi itu semua atas diri sendiri sama ada mereka dapat memikirkan baik buruk setiap apa yang mereka ambil.Dengan hadirnya mereka di kelab malam, remaja – remaja ini akan merasakan masalah mereka akan hilang dan segala tekanan akan merosot. Mereka lebih suka bersosial bersama – sama kawan –kawan dan berinteraksi dengan kawan baru mahupun lama.

Akan tetapi jika mereka lebih suka untuk menari, di sini adalah salah satu landasan untuk mereka menunjukkan bakat mereka. Memang ada tempat yang lebih elok untuk menunjukkan bakat tetapi di sini tiada hakim atau juri cuba ada sorakan orang ramai, maka ia boleh membangkitkan rasa ingin terus menari. Lagi pun di dalam kelab malam, orang ramai inginkan hiburan dan bukanlah mahukan mabuk semata – mata maka dengan adanya penari – penari seperti ‘breakdance’ dan sebagainya maka hiburan itu akan bertambah. Adakah salah remaja yang suka menari ini dapat membuat pengunjung tersenyum dengan tarian mereka? Selain itu, dengan menari di kelab malam ini, remaja akan lebih senang untuk mendapat kawan baru tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Dengan dapatnya ramai kenalan dan kawan, maka seseorang itu akan lebih terdedah dengan dunia tarian yang mereka mahukan, secara tidak langsug boleh membentuk satu pasukan dan boleh menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Mereka akan giat berlatih sesame sendiri dan mula bergaul dengan orang yang lebih professional dalam bidang tarian dan mula mencari nafkah dan mata pencarian menggunakan tarian sebagai sumber utama.Bukankan itu satu natijah yang positif akibat ‘gejala sosial yang buruk’ itu?.

Orang awam sering mengatakan kelab malam itu adalah tempat yang teruk dan buruk dari segi sahsiah dan lahiriahnya. Mungkin mereka ada persepsi dan perspekstif atau pengalaman yang tersendiri, tetapi mereka tidak perlu bersikap prejudis dalam menilai setiap remaja yang memasuki kelab malam tersebut. Jangan mengambil peribahasa ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’ sebagai pegangan hidup kerana masih terdapat remaja yang menjaga adab dan adat yang memasuki kelab malam kerana atas sebab – sebab tersendiri ibarat ‘dalam setandan pisang bukan semuanya busuk’.

Remaja juga sering di salah erti dengan pengambilan alkohol dan dadah serta pelbagai masalah gejala sosial yang ada, tetapi adakah fokus kerajaan adalah untuk menyalahi remaja semata – mata tentang penyalahgunaan alkohol dan dadah? Mereka harus sedar Malaysia ini penduduknya bermajoritikan remaja dan belia, maka secara tidak langsung segala masalah akan di tuding jari terus ke remaja. Gejala sosial remaja akan terus dikaitkan sebagai sesuatu yang negatif dan tidak elok. Mungkin disebabkan sering disalah erti apa yang remaja mahu lakukan maka mereka akan melakukan apa yang sekeliling sering sogokkan di dalam setiap tutur kata.

Jangan menganggap remaja ini penuh dengan gejala – gejala yang tidak berfaedah dan tidak senonoh kerana masih terdapat remaja yang boleh berfikir di luar kotak dan boleh menjadi pemimpin negara walau secara zahirnya mereka hanyalah kaki kelab. Masyarakat kita tidak seharusnya bersikap prejudis dengan seluruh komuniti remaja dan bersifat stereotaip ke atas remaja yang pergi ke kelab malam. Mungkin jika tiada pemikiran yang sebegitu, gejala sosial yang tidak berfaedah itu akan merosot sedikit demi sedikit.

Friday, October 8, 2010

tulang rusuk


Share/Bookmark

jika dia benar adalah tulang rusuk mu yang hilang itu.tunggu sahaja.jangan dipaksa.jangan memaksa.dan jangan terpaksa.jangan didesak.jangan mendesak dan juga jangan terdesak.kerana pasti dia akan datang kembali menyempurnakan dirimu.


Wednesday, October 6, 2010

hai kau sang penari.


Share/Bookmark
hai kau.sang penari di pentas dunia.
ibarat pari - pari di kayangan istana.
bertemu muka jarang bersapa.apatah lagi mahu hidup bersama.
untuk dapatkan hatimu dan jiwa.mereka rela bermimpi atau khayalan semata.
sanggup bergaduh bergasak di alam maya.dari menerima kenyataan yang lebih memedih jiwa.
kerana mereka tahu kau adalah
pari - pari menyerupai sang penari yang tidak mungkin dapat dimiliki.

hai kawan


Share/Bookmark

hai kawan.

jangan meraih simpati untuk menagih cinta berahi.

hai kawan.

jangan berlagak kau putera pujaan dengan kata - kata penuh alunan.

hai kawan.

jangan perasaan kau boleh jaga dia kalau diri sendiri menangis tatkala ketiadaannya.

hai kawan.

jangan bercitarasa tinggi kalau diri tidak tahu berpijak di tanah bumi.