pengikut

Saturday, October 16, 2010

gejala sosial atau jelaga pemikiran masyarakat?


Share/Bookmark

GEJALA SOSIAL MASA SEKARANG

Lampu berkelip – kelip, suasana gelap dan terang bercampur aduk, irama musik berdentum memekakkan telinga dan dirasai sampai ke dada – dada pengunjung. Mata lelaki tidak terlepas daripada gadis – gadis yang melintas. Bibir mereka tidak pernah lupa dengan puntung rokok dan tangan masih memegang gelas minuman. Badan terhoyong – hayang mengikut rentak irama musik.

Mungkin itu adalah stereotaip pemikiran manusia tentang hiburan di kelab – kelab malam dan memang tidak dinafikan kemungkinan peratusan itu adalah sangat besar untuk perkara itu berlaku. Kita juga sering dikaitkan kelab malam dengan remaja tidak kira jantina. Adakah benar mereka ini jadikan kelab malam sebagai pelepas geram dan tekanan yang dihadapinya?

Tetapi tahukan anda bahawa tidak semua remaja yang memasuki kelab malam hanya ingin mabuk dan mendapatkan perempuan. Gejala sosial yang sering di katakana itu hanya mengambil beberapa peratus sahaja tetapi sering dikaitkan dengan seluruh komuniti remaja yang ada.Adakah itu tidak dikatakan berat sebelah terhadap remaja yang hanya inginkan hiburan dan ingin menari semata – mata?

Remaja sering dikaitkan dengan gejala – gejala yang tidak senonoh dan tidak berfaedah. Mungkin mereka lupa yang mereka juga pernah menjadi remaja di waktu dulu. Mereka juga pernah merasai ‘zaman kegemilangan’ sebagai seorang remaja dan patutnya mereka yang sering menuduh remaja itu selalu melakukan perkara tidak berfaedah ini harus melihat pada diri mereka sendiri pada waktu muda mereka.

Zaman remaja adalah zaman pemberontakan yang hadir akibat hormon yang tidak stabil akibat proses tumbesaran yang dialami oleh setiap remaja. Dengan hadirnya hormon andrenalin yang berlebihan maka mereka ingin sesuatu yang teruja dan boleh mengembirakan mereka dengan itu maka lahirlah hormon euphoria. Dengan terdapatnya hormon – hormon ini, maka salah satu tempat untuk mereka berhibur adalah kelab malam.

Memang tidak dinafikan dengan adanya pengaruh kawan maka mulalah mereka cuba merokok, cuba mengambil alcohol, dan terakhir cuba mengambil dadah. Akan tetapi itu semua atas diri sendiri sama ada mereka dapat memikirkan baik buruk setiap apa yang mereka ambil.Dengan hadirnya mereka di kelab malam, remaja – remaja ini akan merasakan masalah mereka akan hilang dan segala tekanan akan merosot. Mereka lebih suka bersosial bersama – sama kawan –kawan dan berinteraksi dengan kawan baru mahupun lama.

Akan tetapi jika mereka lebih suka untuk menari, di sini adalah salah satu landasan untuk mereka menunjukkan bakat mereka. Memang ada tempat yang lebih elok untuk menunjukkan bakat tetapi di sini tiada hakim atau juri cuba ada sorakan orang ramai, maka ia boleh membangkitkan rasa ingin terus menari. Lagi pun di dalam kelab malam, orang ramai inginkan hiburan dan bukanlah mahukan mabuk semata – mata maka dengan adanya penari – penari seperti ‘breakdance’ dan sebagainya maka hiburan itu akan bertambah. Adakah salah remaja yang suka menari ini dapat membuat pengunjung tersenyum dengan tarian mereka? Selain itu, dengan menari di kelab malam ini, remaja akan lebih senang untuk mendapat kawan baru tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.

Dengan dapatnya ramai kenalan dan kawan, maka seseorang itu akan lebih terdedah dengan dunia tarian yang mereka mahukan, secara tidak langsug boleh membentuk satu pasukan dan boleh menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Mereka akan giat berlatih sesame sendiri dan mula bergaul dengan orang yang lebih professional dalam bidang tarian dan mula mencari nafkah dan mata pencarian menggunakan tarian sebagai sumber utama.Bukankan itu satu natijah yang positif akibat ‘gejala sosial yang buruk’ itu?.

Orang awam sering mengatakan kelab malam itu adalah tempat yang teruk dan buruk dari segi sahsiah dan lahiriahnya. Mungkin mereka ada persepsi dan perspekstif atau pengalaman yang tersendiri, tetapi mereka tidak perlu bersikap prejudis dalam menilai setiap remaja yang memasuki kelab malam tersebut. Jangan mengambil peribahasa ‘akibat nila setitik rosak susu sebelanga’ sebagai pegangan hidup kerana masih terdapat remaja yang menjaga adab dan adat yang memasuki kelab malam kerana atas sebab – sebab tersendiri ibarat ‘dalam setandan pisang bukan semuanya busuk’.

Remaja juga sering di salah erti dengan pengambilan alkohol dan dadah serta pelbagai masalah gejala sosial yang ada, tetapi adakah fokus kerajaan adalah untuk menyalahi remaja semata – mata tentang penyalahgunaan alkohol dan dadah? Mereka harus sedar Malaysia ini penduduknya bermajoritikan remaja dan belia, maka secara tidak langsung segala masalah akan di tuding jari terus ke remaja. Gejala sosial remaja akan terus dikaitkan sebagai sesuatu yang negatif dan tidak elok. Mungkin disebabkan sering disalah erti apa yang remaja mahu lakukan maka mereka akan melakukan apa yang sekeliling sering sogokkan di dalam setiap tutur kata.

Jangan menganggap remaja ini penuh dengan gejala – gejala yang tidak berfaedah dan tidak senonoh kerana masih terdapat remaja yang boleh berfikir di luar kotak dan boleh menjadi pemimpin negara walau secara zahirnya mereka hanyalah kaki kelab. Masyarakat kita tidak seharusnya bersikap prejudis dengan seluruh komuniti remaja dan bersifat stereotaip ke atas remaja yang pergi ke kelab malam. Mungkin jika tiada pemikiran yang sebegitu, gejala sosial yang tidak berfaedah itu akan merosot sedikit demi sedikit.

2 comments:

Salwa said...

menari..susahnyer nk cari tempat tuk mnari. i mean tempat yang cool. kelab malam ni sering dipandang negatif sebab adanya alkohol lar..sosial yang xbertempat n so on. Bukan apa...sesetengah remaja ni tersalah pengaruh (cultural shock) yg mbawa diorg ke bende2 xelok.padahal xperlu pn.'nila setitik habis susu sebelanga'.
tapi kalau sebuah kelab tu hanya untuk dance spot without any alcoholic stuff kan bagus..Most of kelab malam got alcoholic stuff.kite seboleh2nye jgn lah gi kedai yg de alkohol ni..bagi untung kt diorg..(kalo jusco, tesco tu..xdapat nk cakap la)
So, lets dance in a nite club (without alcohol)...if there's any..is there?hm.. :(

Anonymous said...

Bagus...Setiap konsep yang dipelajari dalam kursus SKKP 1033 telah diadaptasikan oleh kamu...hahaha