pengikut

Thursday, February 9, 2012

Teori Evolusi Itik


Share/Bookmark

Saya akan menceritakan satu teori yang sangat praktikal untuk digunapakai dalam permasalahan yang sering berlaku di masa kini. Masalah yang ingin dikaji adalah adakah perempuan akan berevolusi menjadi itik? Adakah kita patut menghubungkaitkan teori Evolusi yang dikeluarkan oleh Charles Darwin?
Mungkin ramai yang tidak sedar akan terjadinya evolusi te
rbaru ini, dan ianya hanya berlaku dikalangan kaum perempuan sahaja. Kajian mendapati hanya sebilangan kecil sahaja kaum lelaki akan berevolusi menjadi itik. Namun kajian juga telah dijalankan bahawa lelaki akan berevolusi juga menjadi sesuatu yang lain. Kajian terhadap kelakuan itu masih ditahap awal.
Di sini saya akan menceritakan simpto
m-simptom perubahan kelakuan dan juga fizikal perempuan yang menyebabkan saya mengeluarkan pendapat sebegini.

1) Gambar muncung itik -
Perkara ini sering kelihatan di laman sosial dan juga gambar-gambar di dalam telefon bimbit. Memang tidak dinafikan ramai sudah memaki dan mengutuk tindakan mereka ini, akan tetapi 'trend' sebegini tidak dapat dibendung lagi. Hal ini kerana, ini adalah proses pertama di dalam mengevolusikan diri mereka menjadi itik. Ada responden memberi tahu bahawa muncung itik ataupun 'duckface' ini adalah salah satu untuk menjadikan gambar mereka itu tampak lebih menarik dan tertarik. Ada juga responden mengatakan mulut itik itu hanya ibarat meminta lempang semata-mata.imej ini menunjukkan tahap muncung itik yang profesional dan ditahap kritikal dan tidak dapat dibendung.

2) Jalan mendada dan bontot menonggek.
Simptom kedua ini dapat dilihat diperkarangan perbandaran seperti Kuala Lumpur. Kita akan disajikan dengan pelbagai jenis lurah depan dan belakang. Simptom ini diibaratkan sebagai fasa kedua untuk mereka berubah menjadi itik. Jika kita ambil contoh itik itu sendri, mereka akan kelihatan berjalan dengan mempunyai dada yan
g besar, dan punggung yang mengiurkan. Mereka akan berjalan tergedek-gedek dan cuba mendapat perhatian ramai dengan punggung mereka yang tergelek-gelek. Cuba kita mengaplikasikan dengan perbuatan perempuan zaman sekarang, NAH!anda tidak akan dapat nampak perbezaan yang nyata. Hal ini kerana mereka telah berevolusi sedikit demi sedikit menjadi itik. Mereka juga telah mengaplikasikan tonggek itik ini apabila mereka menaiki dan menunggang motosikal bersama kawan-kawan atau pasangan mereka. Adakah mereka sengaja ataupun kerana mereka susah berada difasa dua evolusi ini? Adakah perkara satu perkara positif ataupun negatif?Imej menunjukkan tahap profesional penonggekan di dalam fasa kedua menjadi itik. *maaf, imej agak propa*

3) Jalan beramai-ramai seperti itik pulang petang.
Perkara ini sekali lagi kita akan lihat terjadi di bandar-bandar pesat membangun. Hal ini kerana, mereka akan lebih rasa diperhatikan apabila mereka berjalan secara berkumpulan. Mereka akan lebih rasa gah dan bangga dengan aset mereka yang membonjol itu seperti bibir, dada, dan punggung mereka. Mereka cukup bermegah dan berjalan beramai-ramai dengan kasut tinggi sehingga satu KL dengar bunyi 'heels' mereka itu. Dengan berbekalkan aksesori yang tidak munasabah, mereka akan membuat sesi bergambar 'profesional' mereka dengan berbekalkan DSLR mereka itu. Nah, disinilah kita akan lihat munculnya fasa pertama dan fasa kedua untuk mereka berevolusi menjadi itik.
Imej menunjukkan sekumpulan perempuan yang hampir berevolusi menjadi itik. *imej bukan gadis melayu*

4) Sewaktu bercakap, mereka akan cuba cakap sekuat mungkin.
Perkara ini akan berlaku jika mereka di dalam puak mereka sendiri. Mereka akan lebih kuat bercakap dengan bersuara lantang. Seperti itik, itik akan lebih kuat bunyi 'quack' nya apabila mereka berjalan di dalam kumpulan. Pengaplikasian ini amat jelas dan nyata apabila sekumpulan perempuan duduk sekali dan mula bergossip. Sambil mereka bercakap sambil itu mulut mereka akan termuncung-muncung kerana begitu asyik bercerita. Sekali lagi, mereka akan memuncungkan bibir mereka apabila bahan atau orang yang mereka ceritakan itu lalu di hadapan mereka. Nah, sekali lagi anda lihat, transformasi mereka menjadi seekor itik yang sangat jelas. Jika itik dikaitkan dengan 'quack quack'. Mereka pula dikaitkan dengan 'potpet potpet'

Simptom-simptom lain masih dikaji oleh lebih ramai lagi pengkaji untuk mengetahui sejauh mana fasa-fasa mereka telah terevolusi untuk menjadi itik. Mungkin selepas ini, jika sudah sampai fasa yang terbaru, mereka akan menyapa kawan-kawan mereka dengan perkataan 'quack'.

Imej menunjukkan tahap kritikal apabila terlalu ingin menjadi itik walaupun belum sampai seru.



Imej menunjukkan apa yang akan berlaku jika perkara ini terus berleluasa.




Secara kesimpulan, marilah kita sama-sama muhasabahkan diri masing-masing, adakah kita mahukan evolusi ini terjadi?ataupun kita harus bendung bersama-sama?

p/s : dulum tuk sudur, undu yung mumbucu ukun turut sumu mumuncungkan bubur dun mulut undu *r u mad*?







Wednesday, February 8, 2012

catatan baru.


Share/Bookmark
oh.lama sudah aku tidak berceloteh di sini, nak kata sibuk dengan arus kemodenan, aku bukannya guna gadget mewah-mewah pun. Nak kata aku sibuk dengan arus ekonomi, aku masih belajar dan disara oleh keluarga aku. Nak kata aku sibuk dengan kemalasan, aku buka--oh, okay aku malas.
Bukan apa, aku malas kalau aku setiap masa menulis karya, aku dapat rasakan yang sedikit sebanyak, aku mengeluarkan kata-kata klise yang acap kali didengar. Maka aku anggap penangguhan ini adalah satu proses utk aku mencari apa makna sebenar mencari sesuatu ilham itu.

*ambil nafas* (dah lama tak menaip)

Kadang-kadang, aku akan terlena dan terpana denga apa yang ditulis oleh sesetengah blogger mengenai kehidupan sehariannya itu. Selepas itu aku mula memberi komen 'kenapalah dia nak tulis pasal hidup dia sehari-hari macam diari, bukannya ramai ambil berat pun, yg tulis itu tak ada hidup lain, dan yang baca tu pun dah tak ada kerja lain ke'. Kemudian aku tersentak lalu *facepalm* rupanya aku dah pun membaca pasal kehidupan mereka itu, dan aku tergolong juga dalam golongan takda hidup dan kerja lain.

*geleng kepala*

Sekarang aku di bumi Qatar, melawat akak aku di sini. Memang ada berbeza kehidupan di sini, pelbagai perkara bidaah yang dilakukan di Malaysia tidak langsung dilakukan di sini. Mungkin itu cara masing-masing dan aku pun tak perlulah memberi komen dgn lebih mendalam takut juga tersalah cakap nnt aku pula dikecam teruk. Apa yang aku cuba sampaikan adalah di sini cara kehidupan agak sederhana tetapi barangan yang mereka pakai semuanya mahal dan berjenama. Tetapi aku sangat kagum kerana mereka langsung tidak jauh dengan Tuhan. Sungguh aku kagum dan bangga dengan orang di sini.

*tadah tangan syukur*

Penat dah tulis ni, walau tak panjang, tapi penat tu masih terasa.

Kalau ada karya baru, aku akan cuba buat kompilasi.

p.s : menulis secara serius.