pengikut

Thursday, October 8, 2009

puisi buat sang cinta


Share/Bookmark
hati berkasih mulut bermadah
tiada pernah berasa marah
setiap hari terasa indah
hilang sehari terasa gundah

cinta berputik sekilas pandang
sehari pandang mata tak lekang
malam tiba menanti siang
bertemu sang cinta bakal menjelang

setiap hari bagai kan syurga
indah bahagia untuk selamanya
bagai kan cinta agung dunia
ibarat adam bertemu hawa

tapi itu mainan dunia
hanya diberi sementara cuma
membuat insan menjadi alpa
yang cinta xkan kekal selamanya

kita cuba untuk menerus
kasih dipaksa cinta di urus
ingin ku ikhlas ingin ku tulus
kasih pada mu telah lama pupus

bukan aku ada simpanan
hati ku rasa seperti mainan
di guna bila mu bosan
di campak bila kau kegembiraan

kau berteman aku keseorangan
hidup kau diteruskan tapi aku kehausan
tandus cinta juga belaian
dari tangan seorang perempuan

kenangan kita ku semat bersama
walau hamba telah dinda lupa
segala pemberian dipulang semula
ku bawa tdur dilinang air mata

sesaat kau mengenali ku
sedetik kau mampu menyayangi ku
sekilas pandang kau boleh merindu ku
tapi kini selamanya kau membenci ku

2 comments:

Bahauddin Amyasi said...

Puisinya menngalun syahdu ....
Salam akrab!

hilman.teddy said...

=D