pengikut

Monday, December 27, 2010

mimpi.


Share/Bookmark
ah.
aku kerap bermimpi.
mimpi aku ini cukup pasti.
aku harap ia tidak berhenti.
aku mahu bermimpi selamanya terus bermimpi.

ah.
aku bermimpi perkara yang sama.
aku dia.terbang didada angkasa.
terbang di awan biru terbang bersama
memang mustahil.tapi itulah mimpi sebenar.

ah.
aku kerap bermimpi berulang tentang dia.
kerana di realiti aku tidak mungkin dapat berjumpa.
sang pari pari menari bersama aku di langit terbuka.
aku rindu setiap gelak tawa dan ikal rambutnya.

ah.
aku bermimpi dan terus bermimpi.
bermain khayalan bermain ilusi.
aku mahu dan terus bermimpi.
kerana di realiti.tak mungkin aku akan mengapai ia pasti.

ah.
setiap mimpi perlu ada bangunnya.
nah.itulah perkara paling terseksa.
melepaskan sang pari pari kembali kealamnya.
meneruskan kembali hidup ku yang biasa.

ah.
aku ingin bermimpi kembali.
selamat malam walaupun sudah terbit matahari.
kerana aku rindu akan mimpi.
rindu bersama sang pari pari.

selamat tinggal dunia realiti.
selamat bertemu di dunia fantasi.

No comments: