pengikut

Wednesday, April 25, 2012

Meta-tanah.


Share/Bookmark

Sejuk gigil walau matahari memanggil.
Panas terik walau malam tercarik.
Korek 7 kaki dalam-dalam isi tanah dalam tanah.
Simpan elok-elok bagi air tuang tanah.
Tadah-tadah tangan anak hadiah masa muka.
Tanah kambus tanah.
Tanah dalam tanah.

Biar mati beralaskan tikar.asal dada terisi kasturi.
Jangan mati beralaskan sutera.tapi dada terisi tahi.
Rumah sejuk papan tak usik harta tinggalan.
Rumah sejuk batu belum tentu sejuk dalam tanah beku.
Gelak tawa hiba bawa sama-sama bawa sama rata.
Untung-untung boleh tonton sama-sama apa kita buat sama-sama dulu kala.

Soal jawab tanya balas.
Jawab tulus jangan kias.
Mulut tipu tangan balas.
Jawab cepat takut libas.

Dulu atas, bangga dengan kuasa calit di dada.
Kini bawah, nama asalan dipanggil semula.
Dulu atas, tak gentar tubuh bila ajak debat bicara.
Kini bawah, ketar lutut minta ampun sebelum ditanya.





No comments: