kalau belajar untuk dapat jubah?
*hembas nafas, mengeluh*
fikir katanya di luar kotak.tapi cuma bising menguak katak.
tuding jari tengah.kata aku kuat bentak.
diri sendiri benak.otak tak guna buat fikir sejenak.
duduk diam saudara.
tenang.
duduk dalam kasut lain baru tahu rasa susah bergerak.
kau kuat bising!
anjing bising sebelah pun tutup telinga kau kuat berdesing!
menyalak kuat fakta tak sampai cuma lolongan hebat.
bau sampai tapi tak tahu mana usul jadi.
mulut sama bontot.sama kuat masa kau berbunyi.
kadang.
hidup ini sempurna.
untuk kau kerana kau fikir kau di atas selama.
untung.
sebab kau rasa raja.
rugi.
sebab kau jadi diri sendiri punya hamba
kau jatuh.orang gelak.
kau atas.orang elak.
kau tengah.orang semak.
kau hilang.orang teriak.
tepuk.tepuk.tepuk.
mabuk sampai beguk.
hai lah badan.hai lah nyawa.
untung P Ramlee dah guna.
ini tidak adil.ini tidak adil.
kini masuk pula Yuna.
badan nyawa?memang semua tidak adil untuk semua.
lain terbit.lain tulis.
untung sabit.dapat pitis.
cuba simpan.tapi?kapitalis!
ptuih!raja komunis!sama semua!
rakyat akal bagus.masih mengemis.
1 comment:
satu lagi
'Kosong...kosong'
Najwa Latif
Post a Comment