terus gigih.
walau bukan menulis dengan tutur Aristotle.
namun aku bangkit tulis dengan gaya tulus secara total.
Gerak tangan tulis berubah dari mengukir kepada menulis.
sekarang kalam tidak lagi jadi sebagai instrumen.
berubah dimensi ketukan papan kekunci tanpa henti.
malam tadi aku mimpi.
mimpi keras.tapi.
basah di hujung.
jika otak kamu berfungsi rapi.
kamu akan mengerti tersirat mimpi fantasi.
mimpi aku bukan mimpi kosong.
ya.aku tahu aku cakap kosong.
tapi mimpi aku.aku terbang.terbang sampai atas gunung.
terjun terus masuk lubang lombong.
nah.
kau baca?
iya.aku memang bohong.
aku menulis A.aku mahu itu jadi A.
tapi kadang ada maksud A itu bukan A pada waktu A itu menjadi A.
Korzybski dan Aristotle tak pernah sefaham sebulu sekufu.
Semantik satu erti.Makna dan estatik.
Ramai terpinga.membodoh.tapi aku suka.
lain yang ditulis.lain punya makna.
mimpi sama tulis.
tulis sama mimpi.
kau lain jenis.
kau lain erti.
Hayakawa ikut sama.
terus membawa prinsip yang 3.
tambah sini sana.
tambah pengikut untuk berjaya.
Makna tulisan bukan terhad di minda penulis.
Ramai mengaku pandai menulis.
tapi tak ramai tahu apa itu penulisan yang magis.
Satu.kau buta.
Dua.kau lupa.
Tiga.kau kata.
Empat.kau dusta.
Lima.kau cipta.
Enam.kau siapa?
Tujuh.kau tanya.
Lapan.kau mula.
Sembilan.kau karya.
Sepuluh.kau bangga.
No comments:
Post a Comment