pengikut

Saturday, March 31, 2012

Jalanraya Kubur Kanak-kanak


Share/Bookmark

Akhbar dan televisyen tidak mungkin akan terlepas daripada berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Malah yang lebih menyayatkan hati apabila ianya melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak bersalah. Tahap keselamatan kanak-kanak di jalanraya masih lagi di tahap yang minima walaupun pelbagai ikhtiar telah diambil. Saban hari, kempem keselamatan jalanraya sering kelihatan namun statistik tetap menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak di jalanraya masih lagi meningkat. Menuding jari kepada sesiapa bukanlah jalan penyelesaian yang elok. Cuba tuding jari ke cermin, dan tanya pada diri sendiri, adakah kita benar-benar pentingkan diri dan terleka mengenai keselamatan kanak-kanak di jalanraya.

Menurut laporan akhbar dan artikel yang telah dikeluarkan, kebanyakan kes kemalangan yang melihatkan kematian kanak-kanak adalah disebabkan kecuaian keluarga itu sendiri. Mereka sanggup mengabaikan dan mengenepikan keselamatan anak-anak meraka, walhal mereka tahu bahawa kanak-kanaklah yang senang memberi kesan jika sesuatu kemalangan berlaku. Akhbar Utusan pernah melaporkan mengenai kes Airien Wafa yang berumur 2 tahun, telah tercampak keluar daripada kereta dan mengakibatkan kanak-kanak itu maut di tempat kejadian. Hal ini disebabkan kecuaian keluarga itu yang tidak memasankan tali pinggang keledar kepada kanak-kanak itu. Bukanlah menuduh, akan tetapi cuba memberi contoh dan memberi iktibar kepada rakyat yang lalai ini.

Tali pinggang keledar di tempat duduk belakang tiu bukanlah datang sebagai hiasan semata. Akan tetapi ianya patut di guna pakai kepada mereka yang duduk di belakang. Keluarga hanya memfokuskan kepada pemakaian tali pinggang keledar di hadapan sahaja kerana khuatir akan di saman polis. Namun kerana sikap itulah terjadinya kejadian kanak-kanak yang tercampak berpuluh meter jauh daripada keraka, tetapi ibu bapa tidak cedara parah kerana memakai tali pinggang keledar di hapadan. Adakah perkara sebegini yang kita mahu lihat di dada akhbar?


Satu artikel yang telah dikeluarkan oleh UNICEF berkenaan keselamatan jalanraya, yang menyebut mengenai ratusan ribu kanak-kanak maut akibat daripada kecederaan, dan kemalangan jalanraya. Di sini kita dapat lihat bahawa kes sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah, satu dunia mengendong masalah yang sama. Pada 2004 sahaja, 6000 rakyat Malaysia telah kehilangan nyawa akibat kecelakaan di jalanraya. Nah!adakah kita masih mahu berdiam diri dan biarkan graf kemalangan terus meningkat dan memakan nyawa lebih ramai lagi? Adakah kita juga mahu lihat kanak-kanak maut bertambah akibat kecuaian kita sendiri?

Namun, kesedaran itu boleh diibaratkan sebagai hembusan nafas. Mereka cuma menganggap berita dan akhbar itu sebagai paparan menarik yang memenui ruang akhbar dan berita di kaca TV. Walau sehebat mana kempem keselamatan jalanraya yang dilakukan, jika kesedaran itu tidak datang daripada diri sendiri, maka ianya sukar untuk membuatkan kita tersedar daripada masalah yang kian meruncing ini. Ibarat pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, sudah terasa baru ingin berubah. Tetapi, bukan itu yang cuba kita cari, bukan itu yang cuba kita mahu lakukan. Sudah terlibat dengan kemalangan baru kita mahu mengambil langkah-langkah berjaga-jaga. Cuba kita berubah mentaliti dan pandangan stereotaip kita kepada sediakan payung sebelum hujan. Mungkin dengan itu, barulah keselamatan kanak-kanak dijalanraya boleh ditingkatkan.


Ingatlah, kanak-kanak itu bakal menjadi pemimpin masa depan. Kita seharusnya menjaga dan mencorakkan mereka sebaik yang boleh. Mungkin, dengan kelalaian kita itu, kita akan kehilangan pemimpin dan tokoh pemikir agung untuk masa hadapan. Bukanlah perkara yang berat untuk berjaga-jaga di jalanraya. Jalanraya itu bukan kubur yang sempurna untuk kanak-kanak.






1 comment:

Anonymous said...

bgus isu ni..thankss