pengikut

Wednesday, September 8, 2010

dancing again!


Share/Bookmark
oh.hai.slamt hari raya.orang lain wat ucapan kata2.tapi aku dengan menari.
enjoy.


Friday, September 3, 2010

present.future.past


Share/Bookmark

dont think too much bout your future

cuz you will forget how to live in the present

and you cant remember anything bout your past

.because present n past will determine your future.



dont think too much what will you be in the future.
but keep thinking what are you now in the present.
are you better from your past?
so.change your past to be better present and greater in future.



your future are imaginary
but the present are reality
and your past are history.
the history make the reality and can change all the imaginary.



Tuesday, August 31, 2010

merdeka kah kita?


Share/Bookmark

aku sedih dengan bangsa kita,dengan rakyat Malaysia.tapi aku tahu ada tiada hak atas air mata yang turun kerana perbuatan bangsa kita.

Tanggal 31 Ogos menjelang.tepat detik jarum menunjukkan pukul 12.laungan MERDEKA sudah tidak kedengaran.hanya hingar bingar manusia berteriak bersuka ria.sambil membaling mercun dan bunga api yang di bawa sendri.membaling tanpa menghiraukan keselamatan org sekiliing..ah..cukup bodoh!
Dicampur pula hilaian gelak tawa manusia dan pekikan dan jeritan orang kita bergaduh sesama mereka.berkolaborasi bersama siren polis yang dtg menjelma.
ah.bodoh nya kita!
Malaysia menangis apabila tahu kita menyambut hari tua nya sebegini rupa.patut lah Bumi Malaysia asyik hujan berderai tiap - tiap masa.


aku berfikir tentang rakyat kita di Malaysia ini yang tiada kesudahannya benci semasa sendiri.benci antara bangsa,adat atau agama yang berlainan.lantas aku menangis kerana aku antara anak - anak muda lain yang prihatin dengan masa depan nya yang masih samar akibat 'jerebu' buatan rakyat sekarang.aku berfikir.aku menangis.aku tidur.aku tetap menangis.



Sunday, August 29, 2010

aku bukan stereotaip kau


Share/Bookmark

aku bukan rockers.

aku juga bukan punkers.


aku xpunya rambut panjang.

head banging malam siang.


aku bukan laki dalam senarai.

ikut cara makan cakap pakai.


tapi sebab semua yang aku xde.

kalau kau ilang aku.PADAN MUKE!

amik jela laki streotaip kau aje!

Saturday, August 28, 2010

saya tak pandai main gitar


Share/Bookmark
saya tak pandai main gitar.
saya bodoh main bola.
saya ada motor bukan myvi atau viva
kadang - kadang nak naik komuter tak dengan saya?

saya ada 'basic phone'
bukan blakberry atau i-phone
saya xpandai sajak sini sana
saya cakap semua caca marba

tapi saya..
ada hati ikhlas mulia
saya sayang awk gila gila
boleh tak awk terima saya?
tapi cukup tak cakap 'sayang' saja?

tapi saya..
mahu sayang awk sampai tua
anak cucu boleh buat team bola
duduk beratur masa mintak duit raya
Oh sayang!mahu tak hidup mati dengan saya?

saya cukup sifat cukup panca indera
boleh guna tulang masih kuat untuk kerja
tak bagi awk makan pasir tapi makan gula
bagi awak madu tak nak bagi awk cuka

saya suara sumbang tapi pandai berjenaka
saya boleh ikut kata jenis bukan keras kepala
bukan dayus tapi malas nak tinggikan suara
kerana saya syang awk selamanya...

kita dan idea


Share/Bookmark
pecaye x masyarakat kita nih kurang boleh untuk menerima idea?
seperti contoh.dlm stu meeting atau perjumpaan.
kita kurang boleh menerima idea2 org lain.tpi selalu nya apabila di minta untuk memberi idea.kita mesti bnyak alasan itu ini.kenapa yek?adakah itu genetik?oh.itu sudah tentu tidak.klau itu genetik mesti si Charles Darwin yang gila genetik itu telah kemukakan idea mengenai nya.
kenapa senario sebegini selalu terjadi?
apabila selesai perjumpaan atau meeting itu.di belakang - belakang mesti ada suara ketidakpuashatiaan.aduh..so malaysian..rite???
cuz we are too polite to confront the enemies.not im saying that we a 'chicken' but we just not brave enuff but too brave enuff when stabbing someone back.

kes lain plak.dalam konteks penerimaan idea lagi.
kita mesti perasan.kalau seseorang yang agak luar korum atau luar grup..(mengambil pelbagai aspek seperti umur,budaya,bangsa,agama dll)..dan die seorang je yang lain antara grup die.dan selalunya.idea dia mesti agak di sisihkan.kenapa?
walaupun idea nya superb mengalahkan Albert Einstein dlam hukum kelajuan cahaya.tetapi kerana terdapatn 'jurang kuasa'..[Nilai Dimensi Hofstede]
dimana terdapat perbezaaan antara budaya,bangsa agama dll dan mnyebabkan seseorang itu tersisih atau pun sekumpulan manusia itu tidak boleh menerima orang baru.

mende ini juga dapat diterap kan dalam industri perfileman kita.
mengmbil cth.apabila org2 muda ingin berkarya dan mengenengahkan idea2 baru mereka.selalu nya mereka kurang mendapat sokong dari orang2 lama di FINAS..
dan di sini kita dapat lihat betapa industri perfileman kita masih di takuk lama...
terlalu takut mengambil risiko [budaya kita][juga salah satu Nilai Dimensi Hofstete (penghindaran ketidakpastian)]..dan tidak mahu mengambil idea baru..sket2 idea lame yang di beri nafas baru [duhhhhhh]..bukan mahu mengutuk filem kita.
tapi kalau kita sendiri tidak kritik..siapa lagi mahu kritik..kalau di suruh orang atau bangsa lain kritik..mahu di maki di caci filem kita nih..kan?

kenapa orang yang terdahulu susah untuk menerima idea baru?atau pembawakan baru
kerana kita lah yang akan menonton dan menilai sendiri cerita itu.
kalau mereka buat semata - mata utk duit..maka nya..buat sendiri.tgk sendri lah.
kenapa mereka tidak buat filem atau cerita berkisar masyarakat setempat yang betul dan realiti.kenapa mesti ditokok tambah?yaa..memang betol utk menghidupkan lagi suasana cerita itu..tetapi kenapa perlu membohongi budaya??kenapa media perlu membentuk budaya?kenapa tidak budaya itu sendiri diacukan ke dalam media??

terlalu banyak kalau mahu di ungkapkan setiap aspek dlam indsutri kita.bukan lah aku nih hebat sgt dlm media..tapi aku/kita sebagai penonton sebagai orang yg menghayati setiap cerita.majalah.muvie.dan segala bentuk media.dan pandangn kita harus di terima pakai untuk kebaikan mereka juga.



kami tunggak negara.bukan acuan semata.


Share/Bookmark

Kami ini tunggak Negara.bukan acuan semata. Kami ini harapan bangsa.bukan semata menurut kata Bukan tidak percaya pada mereka.Cuma luahan hati ini meronta. Dengarkan lah juga.kami anak – anak muda ini ingin bersuara.

Biarkan lah dikata mencela.biarkah lah dikata hormat sudah tiada. Tapi kami punya suara.yang mampu mengubah dunia. Kerana kelak.kami ini menjaga Negara. Kerana kelak kami ini jugalah yang menetap sebagai warganegara.

Kami bukan boneka semata.atau sampah di mata mereka. Kami mampu bersuara.dan dgn suara menggumpul tenaga. Bergerak menggempur bertempur berjuang dalam bahasa. Menegak keadilan yang sebenar kami ingin dan kami selesa.

Tapi percaya lah.kami ini wakil pemimpin masa depan Negara. Jangan kongkong idea kami.jangan ambil suara – suara. Kerana kami hanya idaman kan suasana selesa di dalam Negara. Berikan lah..walau sedikit hak kebebasan untuk bersuara. Kerana..sekali lagi..kami lah yang akan memimpin Negara.

Semakin kau menutup telinga semakin itu kami bersuara Semakin kau berdiam saja semakin itu kami bertenaga. Otak kami sangat berguna.pemikiran kami sangat sempurna Tapi.kenapa banyak remaja rosak akhlak nya?? Kerana suara – suara idea – idea mereka yang dulu bijak pandai semua Tidak di dengar walau seserpih walau se camca.

Lantas kami mahu terbang menyebarkan suara Suara lantang membentang suara Suara bertenaga berkenaan suara. Suara kami adalah suara Suara kami adalah masa depan Negara!