pengikut

Tuesday, August 31, 2010

merdeka kah kita?


Share/Bookmark

aku sedih dengan bangsa kita,dengan rakyat Malaysia.tapi aku tahu ada tiada hak atas air mata yang turun kerana perbuatan bangsa kita.

Tanggal 31 Ogos menjelang.tepat detik jarum menunjukkan pukul 12.laungan MERDEKA sudah tidak kedengaran.hanya hingar bingar manusia berteriak bersuka ria.sambil membaling mercun dan bunga api yang di bawa sendri.membaling tanpa menghiraukan keselamatan org sekiliing..ah..cukup bodoh!
Dicampur pula hilaian gelak tawa manusia dan pekikan dan jeritan orang kita bergaduh sesama mereka.berkolaborasi bersama siren polis yang dtg menjelma.
ah.bodoh nya kita!
Malaysia menangis apabila tahu kita menyambut hari tua nya sebegini rupa.patut lah Bumi Malaysia asyik hujan berderai tiap - tiap masa.


aku berfikir tentang rakyat kita di Malaysia ini yang tiada kesudahannya benci semasa sendiri.benci antara bangsa,adat atau agama yang berlainan.lantas aku menangis kerana aku antara anak - anak muda lain yang prihatin dengan masa depan nya yang masih samar akibat 'jerebu' buatan rakyat sekarang.aku berfikir.aku menangis.aku tidur.aku tetap menangis.



Sunday, August 29, 2010

aku bukan stereotaip kau


Share/Bookmark

aku bukan rockers.

aku juga bukan punkers.


aku xpunya rambut panjang.

head banging malam siang.


aku bukan laki dalam senarai.

ikut cara makan cakap pakai.


tapi sebab semua yang aku xde.

kalau kau ilang aku.PADAN MUKE!

amik jela laki streotaip kau aje!

Saturday, August 28, 2010

saya tak pandai main gitar


Share/Bookmark
saya tak pandai main gitar.
saya bodoh main bola.
saya ada motor bukan myvi atau viva
kadang - kadang nak naik komuter tak dengan saya?

saya ada 'basic phone'
bukan blakberry atau i-phone
saya xpandai sajak sini sana
saya cakap semua caca marba

tapi saya..
ada hati ikhlas mulia
saya sayang awk gila gila
boleh tak awk terima saya?
tapi cukup tak cakap 'sayang' saja?

tapi saya..
mahu sayang awk sampai tua
anak cucu boleh buat team bola
duduk beratur masa mintak duit raya
Oh sayang!mahu tak hidup mati dengan saya?

saya cukup sifat cukup panca indera
boleh guna tulang masih kuat untuk kerja
tak bagi awk makan pasir tapi makan gula
bagi awak madu tak nak bagi awk cuka

saya suara sumbang tapi pandai berjenaka
saya boleh ikut kata jenis bukan keras kepala
bukan dayus tapi malas nak tinggikan suara
kerana saya syang awk selamanya...

kita dan idea


Share/Bookmark
pecaye x masyarakat kita nih kurang boleh untuk menerima idea?
seperti contoh.dlm stu meeting atau perjumpaan.
kita kurang boleh menerima idea2 org lain.tpi selalu nya apabila di minta untuk memberi idea.kita mesti bnyak alasan itu ini.kenapa yek?adakah itu genetik?oh.itu sudah tentu tidak.klau itu genetik mesti si Charles Darwin yang gila genetik itu telah kemukakan idea mengenai nya.
kenapa senario sebegini selalu terjadi?
apabila selesai perjumpaan atau meeting itu.di belakang - belakang mesti ada suara ketidakpuashatiaan.aduh..so malaysian..rite???
cuz we are too polite to confront the enemies.not im saying that we a 'chicken' but we just not brave enuff but too brave enuff when stabbing someone back.

kes lain plak.dalam konteks penerimaan idea lagi.
kita mesti perasan.kalau seseorang yang agak luar korum atau luar grup..(mengambil pelbagai aspek seperti umur,budaya,bangsa,agama dll)..dan die seorang je yang lain antara grup die.dan selalunya.idea dia mesti agak di sisihkan.kenapa?
walaupun idea nya superb mengalahkan Albert Einstein dlam hukum kelajuan cahaya.tetapi kerana terdapatn 'jurang kuasa'..[Nilai Dimensi Hofstede]
dimana terdapat perbezaaan antara budaya,bangsa agama dll dan mnyebabkan seseorang itu tersisih atau pun sekumpulan manusia itu tidak boleh menerima orang baru.

mende ini juga dapat diterap kan dalam industri perfileman kita.
mengmbil cth.apabila org2 muda ingin berkarya dan mengenengahkan idea2 baru mereka.selalu nya mereka kurang mendapat sokong dari orang2 lama di FINAS..
dan di sini kita dapat lihat betapa industri perfileman kita masih di takuk lama...
terlalu takut mengambil risiko [budaya kita][juga salah satu Nilai Dimensi Hofstete (penghindaran ketidakpastian)]..dan tidak mahu mengambil idea baru..sket2 idea lame yang di beri nafas baru [duhhhhhh]..bukan mahu mengutuk filem kita.
tapi kalau kita sendiri tidak kritik..siapa lagi mahu kritik..kalau di suruh orang atau bangsa lain kritik..mahu di maki di caci filem kita nih..kan?

kenapa orang yang terdahulu susah untuk menerima idea baru?atau pembawakan baru
kerana kita lah yang akan menonton dan menilai sendiri cerita itu.
kalau mereka buat semata - mata utk duit..maka nya..buat sendiri.tgk sendri lah.
kenapa mereka tidak buat filem atau cerita berkisar masyarakat setempat yang betul dan realiti.kenapa mesti ditokok tambah?yaa..memang betol utk menghidupkan lagi suasana cerita itu..tetapi kenapa perlu membohongi budaya??kenapa media perlu membentuk budaya?kenapa tidak budaya itu sendiri diacukan ke dalam media??

terlalu banyak kalau mahu di ungkapkan setiap aspek dlam indsutri kita.bukan lah aku nih hebat sgt dlm media..tapi aku/kita sebagai penonton sebagai orang yg menghayati setiap cerita.majalah.muvie.dan segala bentuk media.dan pandangn kita harus di terima pakai untuk kebaikan mereka juga.



kami tunggak negara.bukan acuan semata.


Share/Bookmark

Kami ini tunggak Negara.bukan acuan semata. Kami ini harapan bangsa.bukan semata menurut kata Bukan tidak percaya pada mereka.Cuma luahan hati ini meronta. Dengarkan lah juga.kami anak – anak muda ini ingin bersuara.

Biarkan lah dikata mencela.biarkah lah dikata hormat sudah tiada. Tapi kami punya suara.yang mampu mengubah dunia. Kerana kelak.kami ini menjaga Negara. Kerana kelak kami ini jugalah yang menetap sebagai warganegara.

Kami bukan boneka semata.atau sampah di mata mereka. Kami mampu bersuara.dan dgn suara menggumpul tenaga. Bergerak menggempur bertempur berjuang dalam bahasa. Menegak keadilan yang sebenar kami ingin dan kami selesa.

Tapi percaya lah.kami ini wakil pemimpin masa depan Negara. Jangan kongkong idea kami.jangan ambil suara – suara. Kerana kami hanya idaman kan suasana selesa di dalam Negara. Berikan lah..walau sedikit hak kebebasan untuk bersuara. Kerana..sekali lagi..kami lah yang akan memimpin Negara.

Semakin kau menutup telinga semakin itu kami bersuara Semakin kau berdiam saja semakin itu kami bertenaga. Otak kami sangat berguna.pemikiran kami sangat sempurna Tapi.kenapa banyak remaja rosak akhlak nya?? Kerana suara – suara idea – idea mereka yang dulu bijak pandai semua Tidak di dengar walau seserpih walau se camca.

Lantas kami mahu terbang menyebarkan suara Suara lantang membentang suara Suara bertenaga berkenaan suara. Suara kami adalah suara Suara kami adalah masa depan Negara!

Wednesday, August 25, 2010

dumper and being dumped


Share/Bookmark

‎[the one being dumped] : gently you let me know n gently you let me go...then..you let my hand go....you walk by slow..but im watching you though...n i know..you watch me also..hide the tears with the smiling glow..hide you pain by pretending be an hearted-cold...no im in pain with lots of sorrow..but keep praying..you'll come back for me tomorrow~


[the one that dumping] : now im living in cold and sorrow...scared by my own big black shadow..guessing im wrong who let you go..guessing im wrong to let you know..oh..i'll be dead by now but i dont know...why..im still awake in this stupid hole..maybe..i hear the prays..that i will be soon come back to you.and walk with you in the valley of tomorrow~

senario anak muda


Share/Bookmark
watak 1 : hei kamu (watak 2)!kenapa pakai topi (full cap) dan berpakaian sebegini?..kamu ini sangat terpesong jauh dgn sunnah.Jangan terlalu mengikut budaya barat wahai orang muda.Ikut lah seperti aku.berkopiah walau mana saja.Mengikut sunnah Nabi lah katakan.jadi kan aku sebagai contoh.bukan jadikan orang barat sebagai ikutan.

watak 1 sambung berkata - kata : kalau kamu hendak bersembahyang di surau atau masjid.elok lah jangan memakai topi.pakai lah serban, songkok, mahupun kopiah seperti ku.kerana percaya lah kau akan di tegur dan di pandang serong oleh masyarakat.

watak 2 : hai orang muda!apa guna kau berkopiah dan apa guna kau bangga kau kata kau mengikut sunnah kalau kamu menampakkan rambut hadapan ketika kamu mengenakan kopiah itu..ITU BUKAN LAGI SUNNAH NABI,,ITU AJARAN YAHUDI!!!..

watak 2 menyambung : bukankah syariah Nabi adalah semasa bersembahyang kita perlu menutup rambut secara rapi untuk mengelakkan rambut kita menutup dahi ketika kite sujud?betulkan aku jika salah.Tetapi hal yang aku ingin aku tekankan sekarang.penggunaan Kopiah di Malaysia itu adalah BUDAYA.seperti juga songkok,adakah terdapat songkok semasa zaman Nabi?iya.aku akui kopiah dan serban itu sunnah.tapi xslah jika aku tidak mengikut.selagi aku masih lagi mengucap SYAHADAH.aku masih islam.siapa kau nak hakimi kesejatian islam aku?tetapi apabila di sini, apabila seseorang melakukan norma budaya yang berbeza..maka kita terus dipandang serong masyarakat walaupun tidak salah langsung kita memakai topi (full cap) semasa bersembahyang.kerana bagi ku.aku menjaga rambut ku untuk tidak menutup dahi ku semasa sujud.wallahuaallammmm~~aku hanya melakukan ibadah bukan kerana mengikut norma masyarakat.

watak 1 : (terdiam)...............................

watak 2 : jangan sombong dan bongkak orang muda.bukan kau sahaja didunia mempunyai ilmu tinggi.dan Tuhan tidak memandang keislaman dan ibadah kita pada pakaian semata-mata.

Thursday, August 5, 2010

mengapa kambing takut air?


Share/Bookmark
setelah sekian lama para cendiakawan memikirkan permasalahan ini.maka aku telah mengungkai segala mesteri yg menyelubungi kita dan juga kambing2 itu sendiri (kerana kambing itu menyerahkan mandat kepada kita utk fikirkan mengenai perihal dan perilaku mereka)

antara sebab2 kenapa kambing takut air

1) mereka malas utk mengeringkan setiap helaian bulu2 mereka yng agak pnjg.kerana nnti nak kene blow lgi.nk iron lgi (sbb tuh bulu kmbing stret).lebih2 lgi yg jantan.mereka ketiadaan masa utk mengering kan jnggut2 mereka itu.mengikut interbiu mereka menyatakan mereka agak sibux utk membesarkan perut daripada nak mengeringkan bulu2 dan jnggut2 mereka.kata mereka dgn selamba.

2)sebenarnya.mengikut secara saintifik nya.kambing dan air tidak boleh di satu padu kan secara lama.mungkin secara sekejap InsyaAllah boleh kerana mungkin ada sesetengah kambing yg boleh mandi (macm org gak.ade yg jenis x mndi).kenapa saya berkata kambing dan air tidak boleh di satu padu kan secara lama?hal ini kerana apabila kita satu padu kan air dan kambing dlm satu masa yg sama.ia akan menghasilkan kesan yang drastik iaitu mati lemas.jadi kambing2 ini mahu mengelakkan konsekuen yg teruk.maka kambing mengambil keputusan utk tidak mandi.persamaan kima yg di perolehi utk kita mudah paham adalah
air (h20)[kuantiti bnyk] + kambing [seekor] ------------> mati lemas

3)kebanyakan kambing yang di jumpai adalah kambing2 yang mengamal kan budaya dan trend2 masa kini yang mengambil inisiatif utk tidak mandi.cth2 budaya kambing2 ini adalah Punk,Rasta,Grunge dan sebagai nya.hal ini kerana bukan mereka (kambing2) ini ada kod budaya yg perlu dipatuhi.tapi mereka lebih selesa begitu.kalau kambing punk,Rasta dan grunge.mereka mahu jge ke aslian bulu2 mereka klau punk dgn mohawk nya.klu Rasta dgn dreadlock nya.klu Grunge dgn messy hair nya.jadi mereka mahu kekal dgn identiti mereka sendri

4)mengikut sesetengah kajian.bukan kambing yg takot air.tapi air yg takut kmbing.kerana air itu sndri takut akan hilang di muka bumi ini jika di guna pakai oleh kambing2.jika kambing2 ini mandi manda.mereka akan menggunakan kuantiti air yg agak bnyk kerana ingin mencuci di setiap celhan bulu yang ada.jadi untuk mengelakkan kan air pupus di muka bumi.air itu telah membuat perjanjian persejuan Kambing-Air (1930) bahawa kaum air dan kaum kambing tidak boleh bersekutu melainkan utk menghilangkn dahaga.

5)ade juga puak2 kambing yang mengamal kan konsep kesederhanaan dlm kehidupan.jadi mereka mengambil jalan mudah utk mengurangkan penggunaan air dlam kehidupan seharian mereka lebih2 lagi utk mandi.mengikut temu bual dgn ketua suku kaum itu.mereka lebih senang dgn diri mereka sebegini kerana tak perlu fikir pasal pembayaran bil air yg melambung.pembaziran air.dan mcm2 lagi.mereka ini adalah kaum kambing yang nomad dan sering bertukar2 tempat pemcrian rezeki mereka.

6)mereka ini juga ingin mengekalkan penggunaan peribahasa dan simpulan bahasa dan penggantian kata ganti nama.jika mereka mahu mandi dan x takut kn air. maka tiada lah ''bagai kambing takut kn air''..''ko nih mcm kambing ah xnk mandi..takut air ker??''..jika mereka x takut air maka generasi akan datang tidak tahu apakah penggunaan bahasa yang di guna pakai utk org2 yg takut air dan malas mandi dan mungkin bahasa sedemikian akan menjadi sanskrit.jadi persatuan kambing2 sedunia sebulat suara mengekalkan identiti mereka utk mengelakkan kehilangan budaya yang sgt hebat itu.

jadi ini antara hujah2 yg dapat di sampai kan.sebenarnya ada bnyk lgi.tpi biar kita tangguh di sini.takut lambat laun membuka aib persatuan kambing2.bnyak hal2 politik yg terlibat sebenarnya.jadi tamat di sini sahaja,sekian.

aku menangis aku tertawa


Share/Bookmark
biarkan saja aku menyanyi
di dalam setiap mimpi-mimpi
biarkan saja aku berdansa
mengukir senyum lantas tertawa

aku tertawa terus tertawa
tertawa aku terus tertawa
tanpa ku sedar..
titisan air mata
sudah jatuh hampir ke riba
berderai jatuh bertimpa-timpa

nah..
baru ku sedar sekian lama
aku tertawa dan tertawa
hanya menutup perasaan...
sedih..
kerana..
aku kehilangan dan ketiadaan dia...