pengikut

Monday, January 31, 2011

Khurafat = illuminati.


Share/Bookmark
hah.terkejut ke??
walaupun hanya satu babak sahaja yang aku sempat tengok tentang kewujudan illuminati/Freemason di dalam filem ini.ia cukup menunjukkan bahawa Malaysia, lebih2 lagi industri perfileman Malaysia tidak terlepas daripada gerakan Illuminati ini.walaupun kita boleh menggangap ia adalah kebetulan yang tidak disengajakan.akan tetapi literasi media masyarakat Malaysia sedikit sebanyak sudah berubah.sekali imbas memang ia kelihatan seperti beranda rumah yang biasa.akan tetapi semasa camera itu zoom out untuk group shot untuk bird eyes view iaitu pandangan daripada atas.kelihatan jelas jubin berpetakkan hitam putih serta dua tiang yang menjadi tiang rumah.sebagaimana yang kita tahu.kedua2 ciri2 itu adalah merupakan logo dan simbol penting untuk Illuminati / Freemason selain daripada all seeing eyes serta bentuk piramid dan segitiga.

Iya,memang boleh jadi ia adalah sekadar kebetulan yang tidak disengajakan.tetapi.di mata aku.ia cukup jelas.bukan mencari kesilapan filem kita.tetapi untuk mengajar mereka agar lebih sensitif terhadap isu2 yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat kita.
Gambar tidak disediakan kerana ingin anda menonton filem itu kembali (promote filem ini juga). dan anda menilai sendiri filem itu kembali.anda sudah menonton untuk berhibur.nah.sekarang anda menonton nya kembali untuk menilai dari aspek teknikal pula.

Masuk pula ke aspek teknikal.memang tidak dapat dinafikan filem ini memang berjaya menakutkan manusia yang menonton filem ini.pemetaan bunyi yang digunakan.pencahayaan yang bagus dan baik sekali.akan tetapi cara penghayatan watak dan perwatakan pelakon utama memang tersangat lah nampak kekoknya. Kelihatan watak Liyana Jasmay menjadi isteri orang memang tidak berjaya.dan watak Syamsul Yusof tersangat lah nampak di buat2..iya..kita tahu yang mereka melakonkan watak suami isteri.akan tetap..tidak perlu lah asyik babak berpelukan antara mereka sahaja perlu kita tonton..KITA DAH TAHU YANG MEREKA ITU SUAMI ISTERI dari awal cerita lagi..tetapi watak Sabrina Ali cukup berjaya memukau para penonton..
Skrip mereka pula memang tersangat lah bukan BAHASA seharian kita dan mungkin itu trade mark SKOP PRODUCTION??..

Kalau mahu diterangkan dari babak ke babak..memang aku boleh terangkan.akan tetapi cukup disini saja lah..anda pergi tonton semula cerita itu..baru anda menilai sendiri..

apabila menonton sesuatu filem dan anda mahu tahu keberjayaan sesuatu filem itu..anda perlu menontonnya sebanyak sekurang - kurangnya tiga kali..
tontonan pertama : anda menjadi penonton biasa yang inginkan hiburan
tontonan kedua : anda mula mencari dan menilai mesej yang ingin disampaikan.
tontonan ketiga : anda mula menilai filem itu dari aspek analisis umum,analisis khusus juga analisis teknikal.



Thursday, January 27, 2011

kenapa asyik kau?


Share/Bookmark
.aku rindu anda.

Wednesday, January 26, 2011

kau.sila berhenti.


Share/Bookmark
Oooo.oooo.
bertemu kisah bertemu kembali.
kisah tentang gadis cantik bak Lisa Surihani.
indah molek cantik mata berseri.
gelak tawa nya buat kita jantung terhenti.

iya.kau lah.kau yang aku sebutkan.
senyum sikit.lesung pipit aku nantikan.
gelak sikit.suara mu aku idamkan.
kenyit mata sikit.oh.aku pengsan!

aku mungkin bukan punya cinta tipikal.
tapi aku ada cinta magikal.
cinta sayang sama kau tahap kritikal.
oh.mungkin aku boleh koma masih hospital?

kau.jangan menangis jangan teriak.
kenapa kau menangis sampai hilang suara hilang tekak?
bangun pagi mata kau koyak.mata kau rabak.
kau mesti lupa kan aku wujud disini melekat dengan kau macam bau ketiak?


Tuesday, January 25, 2011

eh.kau lagi.


Share/Bookmark
kau.ye kau.kenapa kau masih di dalam benak ku.
otak aku penuh sampah.tapi tetap selit wangi bau haruman mu.
badan aku penat lelah.tapi aku masih daya untuk memeluk mu.
tapi kenapa kau macam bayang - bayang.kau pergi bila kau rasa aku tidak perlu.

kau.ye kau.kenapa aku masih merindui.
setiap gelak.tangis senyum ternampak gigi.
aku ingat sampai sekarang mungkin sampai ke mati.
mata kuyu.dongak pandang aku.kibas rambut.terkena aku.oh.wangi sayang.sangat wangi.

kau.ye kau.kenapa aku masih teringat.
iya.mungkin angau kerana kau masih kuat.
jalan - jalan seorang diri pun terbayang kau disebelah.melekat.
ah.sudah.parah memang parah.aku memang rindu kau yang amat sangat.

kau.ye kau.kenapa kau tak hilang - hilang.
ye.kau mungkin hilang kerana aku sudah kau buang.
tapi kau buang diri aku.tapi perasaan sayang tak pernah hilang.
ah.mungkin kau malu atau mungkin aku kuat perasaan berseorang?

kau.ye kau.kenapa kau masih di hati.
sumpah aku terasa bagai nak mati.
sakit aku.sedih aku.sayang aku.semua kau curi.
tertinggal aku.tanpa perasaan.kosong.terus menanti.

kau.ye kau.kenapa kau masih aku fikir
tulis karangan.tapi 4 perenggan nama kau terukir.
kira matematik.nama kau yang menjadi sifir.
aku dah mabuk.dah hanyut.kalah lagu Faizal Tahir.




Saturday, January 15, 2011

get some rest.


Share/Bookmark

lack of rest or lots of cry?
just lay down.close your eyes.
dreams bout the fantasy.bout the love of you life.
just get some sleep.count the puffy sheep.
cuz i care bout you.
yes.i do think bout you.

obsession.passion.


Share/Bookmark
menarek kan??nak beli lagi!

WE SCREAM FOR ICE CREAM!


Share/Bookmark

WE SCREAM FOR OUR ICE CREAM!
WHERE ARE THOSE ICE CREAM!
WARGHH!!

Friday, January 14, 2011

calling


Share/Bookmark
i cant stop checking my phone.and maybe you call.maybe you call.maybe you call.
all of sudden.the fantasy become reality.become reality.become reality.become reality.
even less then 5 minutes we talk.im feel like im in heaven.im in heaven.im in heaven.

ohh.
feels like an angel is calling me.
your voice is pleasing me.
im flying with no wing behind me.
cuz your voice is controlling me.

people said im crazy.
people said just let it be.
but me.
im still hoping.
that the dancing angel would call me..ohhh
na na na...
la la la...
oooooo...


perempuan


Share/Bookmark
perempuan.
bila melakukan kesalahan dan tidak dapat memujuk seseorang lelaki itu.maka perempuan itu akan mula mencari kesalahan lelaki itu dan merajuk sehingga lelaki itu pula yang memujuknya.
perempuan.
ego setinggi langit.tak mampu dibawa kebawah.walau sekejap.lelaki pula sanggup melutut hilang maruah buang ego buang macho.semata - mata memujuk perempuan.
perempuan.
alasan 'kami perempuan,lelaki lah jaga' memang selalu digunakan.kerana malas untuk pujuk dan meminta maaf.
perempuan.
perempuan.
perempuan.
perempuan.
aku minta maaf kerana menyinggung perasaan perempuan.
walau aku tahu.kesalahan yang sebenar adalah daripada perempuan.
dan perempuan akan menyalahi kembali aku atas kesalahan lampau dan yang lain.
jadi.
baik aku diam dan senyap.
baik aku minta maaf kepada perempuan.
kerana.
perempuan tidak akan mengaku kalah.
walau sebenarnya perempuan itu yang bersalah.

Thursday, January 13, 2011

hilang tanpa dikesan,


Share/Bookmark
Cukup dengan sekadar melihat satu senyuman.
sakit pedih pening demam segala sakit.
hilang tanpa dikesan.
hanya dengan senyuman sang gadis genit.

cukup dengan sekadar gerak langkah tarian.
rindu sayang marah geram segala apa dirasa.
hilang tanpa dikesan.
hanya kerana langkah persembah tari tercipta.

cukup dengan sekadar ucapan.
terima kasih di utus tanda penghargaan.
yaaa.aku terasa hidup kembali bangkit dari kapan.
terima kasih kembali aku ucapkan.

Monday, January 10, 2011

AJL - AnaRafali Juara Lah!


Share/Bookmark
ini adalah konklusi yang aku dapat buat dari AJL - Anugerah Juara Lagu 25. Secara jujurnya aku tidak tengok dan menonton AJL kali ini.kerana ada kekangan masa.akan tetapi aku dapat melihat keputusannya di laman web sosial FB dimana rakan2 ku menulis dan menkritik serta mencaci juri atas keputusan yang di buat.

kenapa perlu tidak berpuas hati?
adakah anda ada mengundi seperti AF?
adakah anda ada berkongsi saham bersama artis itu?
adakah anda fanatik gila2 dgn artis yang anda rasa layak menang itu?

ataupun sudah menjadi lumrah rakyat kita.sesiapa yang menang dan mereka rasa tidak layak untuk menang.maka.org yang tidak berpuas hati itu perlulah 'mengondem' dan memaki org yang menang itu.
patutnya siapa yang diatas.kita tolaknya terus utk maju.
akan tetapi
kita
siapa yang diatas.kita tarik dia bersama-sama untuk jatuhkan dia.


ini adalah kesimpulan yang dapat aku buat daripada AJL 25.
ini adalah status2 yang aku tulis di FB.

MUNGKIN juri suka lagu yang ditulis sendiri oleh penyanyinya.MUNGKIN liriknya betul - betul sampai ke jiwa juri.MUNGKIN itu rezekinya.MUNGKIN kemenangan bukan terletak pada suara semata - mata.MUNGKIN juri ingin mengembangkan tahap literasi media dan seni suara kepada masyarakat.


suara siapa sedap - itu vokal terbaik..siapa perform terbaik atau nsem atau cantik - itu persembahan terbaik..artis paling popular di hati korang - ops itu anugerah bintang paling popular..bukan AJL..so..juara itu terletak pada lagu..bukan artis..sila lah melihat dan merasa di tempat juri..menilai lagu..isi..makna..bukan menilai kepopulariti..semua ada pro n con..so..jangan berhibur semata2..


saya tak suka dia menang.saya rasa dia tak layak!saya rasa orang lain yang layak!dia tidak berhak menang AJL!..<--- berdasarkan ilmu apa yang anda pelajari untuk anda secara lantang berkata begitu?jika anda benar - benar mendalami ilmu musik dan ilmu penghayatan lirik.saya rasa anda tidak duduk di depan kaca TV atau di kerusi penonton.mungkin anda patut berada di kerusi juri.


Friday, January 7, 2011

hate me.


Share/Bookmark

HATE ME CUZ IM NOT HATING YOU.
HATE ME CUZ IM STILL LOVING YOU.
HATE ME IF IM ANNOYED YOU.
HATE ME IF IM STILL MISSING YOU.
JUST HATE ME BECAUSE YOU LIKE IT TOO.
but.thnx you.

by hating me.
at least.somehow.with no reasons.you will remember about me.

Monday, January 3, 2011

bila diserang.


Share/Bookmark

apabila anda diserang secara kasar ataupun lembut oleh teman lelaki kawan anda.dan menceritakan segala benda kepada anda.apakah perasaan anda?
A : dia tergugat dengan kekacakan anda
B : dia betul2 marah dengan tindakan anda berkawan dgn kekasihnya
C : dia betul2 akan pukul dan mengugut anda kerana tindakan anda.
D : dia seorang yang berkelakuan seperti kekasihnya macam hak miliknya atau bahasa mudah dia adalah poyo kecah mak enon!.

pernah kah anda di serang oleh bf/gf kawan2 anda?j
ika pernah.cuba anda cerita kan pengalaman tersebut.
adakah kerana anda yang salah ataupun mereka yang terlebih perasaannya?mari sama - sama kita ungkai kan permasalahan yang sangat bermasalah dan lebih bermasalah daripada masalah dunia yang tidak pernah hilang dari masalah.
kita akan ungkai kan dan kupas setiap satu pilihan daripada A sampai D di atas untuk menyelesaikan cornflakes eh silap konfliks yang melanda diri anda semua.
Dengan mengupas setiap satu pilhan.matlamat kita akan menjadi lebih mudah untuk mengetahui bahawa apakah sebenarnya masalah yang bf/gf
kawan anda hadapi dan kaedah ini sangat sistematik tanpa menggunakan matematik.

kita mulakan dengan pilihan A!(saya beli huruf A) :
A : dia tergugat dengan kekacakan anda.
setuju dengan pernyataan saya disitu?jika tidak.lantaklah.sbb saya yang tulis nih.kalau anda tidak setuju.kenapa tidak bagitaw seblum saya tulis post nih.aha!
bagi saya.pilhan A ini adalah perkara yang sangt penting un
tuk mengetahui kenapa anda diserang secara fizikal atau mental.secara kasar ataupun secara cakap elok - elok.
Jika anda mendapati setiap pagi anda akan terkejut melihat diri anda di cermin dan menyangkakan cermin anda pecah kerana turut terkejut melihat muka anda tidak ubah seperti kapal tak siap dan pecah.maka anda tidak layak untuk diserang.
Akan tetapi jika anda rasa diri anda kacak dan cantik dari segala aspek.dan indah dari segala sudut.maka anda layak untuk diserang.
hal ini kerana mereka akan rasa tergugat apabila mengetahui seseorang yang lebih kacak atau cantik (ataupun memang bf/gf itu taw yg diri sndiri itu mmg tak cantik atau kacak) akan selalu berdampingi dengan kekasih hatinya.
Jadi bagi anda semua yang kacak dan cantik atau perasan kacak dan perasan cantik.sila jangan ubah channel muke anda.sila maintain sebegitu.kerana anda akan memerlukan nya kelak untuk men'down' kan orang yang perasan dirinya sangat hot sampai berkata 'haish ramai betol peminat aku'..
Jika anda diserang kerana kecantikan dan kekacak
an anda.bersyukur lah.kerana ramai diluar sana yang tidak kacak dan tidak cantik itu tidak diserang walaupun memang sengaja untuk menyakiti hati kekasih mereka.akan tetapi sang bf/gf mereka tidak pernah mengendahkan.malah tidak pernah tahu pun kewujudan mereka.

pilihan B pula.
B : dia betul2 marah dengan tindakan anda berkawan dgn kekasihnya
hah!yang ini mungkin ada relevan nya apabila anda diserang.kerana anda BERKAWAN dengan pasangan nya.saya besar kan BERKAWAN itu kerana ia melambangkan dua maksud.anda betul2 memang ikhlas memang niat berkawan dgn mereka ataupuan anda buat2 kawan sbb nk brskandal mendel dgn mereka.kalau anda nk skandel mendel.maka memang patut anda diserang dan mungkin anda akan bersarapan pagi atau makan malam dgn kaki bf/gf kawan anda itu.
Berkawan itu tidak salah tetapi cara anda berkawan itu adalah masalah.mungkin anda tidak sedar tetapi disekeliling anda yang akan sedarkan anda.bagi saya bf/gf anda perlul
ah mempunyai tahap kematangan yang agak tinggi untuk menerima bahawa didalam dunia kekasihnya itu bukan lah wujud muka dan diri nya sahaja.
Konklusi untuk pilihan B ini adalah.pilih kawan anda yang anda rasa anda tidak akan pulang dari kedai mamak dengan kapak dikepala dan pisau di badan.

ayuh!ke pilihan C pula
C : dia betul2 akan pukul dan mengugut anda
kalau anda diserang dan merasakan perasaan diatas ini.maka anda perlulah lari dan pergi tukar IC.kadang2.anda tidak salah pun.tiba2 jek anda merasakan mata anda sudah lebam akibat kaki mereka dah hinggap di mata anda.iya.memang wujud orang sebegini.mereka akan menyelesaikan pertelingkahan dengan cara yang mudah.aktiviti pukul memukul.mudah bukan?bagi saya ia susah kerana perlukan semangat daya juang yang tinggi dan stamina yang kuat.jika anda betul2 diserang dgn kaedah ini.maka an
da perlulah bersedia ilmu di dada.dan pakai lah apa2 yang sesuai.dan setiap kali anda melepak dgn kawan anda.pastikan anda sentiasa memegang sesuatu yang keras yang boleh dijadikan senjata.ibarat sediakan payung sebelum hujan.tetapi dalam kes ini.sediakan senjata sebelum berdarah.
Jika anda takut untuk berdambing dgn kawan anda kerana sering diugut dgn pasangan nya.ambil langkah2 ini.
1 . sila berdamai dengan kekasihnya itu
2. sila kurangkan berkawan dgn kawan anda.
3. sila tinggalkan kawan anda itu.
4. sila pindah dari kawasan itu.
5. jika langkah 1 dan 2 tidak berhasil.ulang langkah 3 dan 4 smpai berhasil.

eh.dah abis!pilihan D.
D : dia seorang yang berkelakuan seperti kekasihnya macam hak miliknya atau bahasa mudah dia adalah poyo kecah mak enon!
saya amat tertarik dgn pilihan ini.kerana mema
ng wujud mamat/minah poyo kecah mak enon atau bahasa saintifiknya poyo gile seyh.atau bahasa berbunga2 nya serabut perut weyhh!!!!..
kenapa terjadinya sindrom poyo ini?
terdapat satu je jawapan nya..kerana orang itu baget hot dan baget sgt kacak/cantik smpai kan merasakan anda tidak layak untuk berkenalan dgn kekasihnya.bukan setakat tidak layak berkenalan.tetapi tidak layak untuk melintas dihapadan nya atau menghirup udara disebelahnya.,begitu tinggi darjat mereka berdua (dimata sang poyo ini lah)
kalau terdapat orang sebegini disekeliling anda.jangan tunggu mereka menyerang anda.akan tetapi anda serang mereka dahulu.pukul sampai die berak kuar air kencing.lalu berkata kepadanya.'balak/awek kau nsem/cantik..sbb tuh aku pukul kau''..dan apabila dia diserang.maka dia akan membaca artikel ini.dan apabila dia membaca artikel ini.maka dia akan memukul orang lain dan begitulah seterusnya.dan akhirnya macam surat berantai pulak artikel ni.
untuk mengelakkan orang2 poyo kecah mak enon nih.anda perlulah mengelakkan untuk bertemu dengn kawan2 seperti mereka ini.

iya~begitu lah kawan - kawan mengenai sang penyerang dan sang diserang.
maka anda perlu berigt2 untuk memilih kawan dan jangan lah anda tersilap langkah.buruk rupenya kalau anda tersilap langkah dan tersadung di tengah jalan.bertemu kita kembali di post yang baru.
p/s : sila jangan tiru aksi propa dan hiperbola didalam post ini.

Sunday, January 2, 2011

you.


Share/Bookmark
kau bibir ku akulah gincu mu.
kau mata akulah eyeliner mu.
kau keyboard ku akulah jari mu.
kau email ku.akulah password mu.

kau lengkapkan hidup ku.
pagi - pagi mahu pandang wajah kamu.
cepat - cepat guling badan cari kamu.
bukan sebelah katil tapi dalam phone dan laptop ku.

makan nasi lemak ada terbayang muka you.
teh tarik pun ada bayang - bayang badan kamu.
muka anney mamak pun macam you.
ah sudah! aku mabuk ke angau syookk kat kamu?

eh you.kenapa ada dekat mana mana?
kenapa tak duduk diam saja?
ke aku terbayang lebih mcam orang gila.
atau sbb aku demam seminggu ingat kat you aja?

bukan halau kamu bukan buang kamu.
cuma pelik kenapa asyik keluar muka you.
aku tengok makcik pegang bakul sayur cili
i terbayang you pegang beg Roxy.

kau lengkapkan hati ku.
siang malam angau asyik ingat kat lu.
wah rempit pula kita nih kan you.
apa barang naik ferrari!bak sini datang JJW lagenda ori!!

kau pergi aku lari.
kau lari aku berdiri.
tiba2 kau peluk belakang aku tanpa disedari.
ah.berlari dalam bulatan ye saudari?

kau memang akan ku miliki.
izin Tuhan izin famili.
kalau mereka tidak restui.
apa boleh buat aku jadi pengapit masa kahwin you nanti......


this is it.


Share/Bookmark
berlari aku mengejar berlari.
gunung dikejar pasti tidakkan lari.
yang pasti dikejar bukan gunung dibumi.
tetapi perempuan punya kaki punya hati.

sekelip mata kau tenung mata ku.sekilas pandang kau berkata kau rindu.
sekelip mata kau berborak dengan ku.sekilas pandang kau berkata sayangkan aku.
sekelip mata kau menangis ttg aku.selamanya kau kata ''aku benci kamu''
sekelip mata kau hilang dari aku.selamanya tangan dia digenggam oleh mu

aku tidak pernah tipu aku tidak pernah bohong.
aku juga pernah rindu, aku juga pernah sayang.
aku juga pernah menangis,aku juga pernah terguris.
tapi aku tahu.aku salah dari semua pandangan mu.

kau pernah menjadi sebahagian dalam hidup ku.
ah.bukan 'pernah' tapi 'masih'
ah.bukan 'sebahagian' tapi 'segala galanya'
jadi.kau masih menjadi segala galanya dalam hidup ku.


aku anak melayu.


Share/Bookmark

“woi,,berani kau berkata bodoh dan mengata bukan – bukan tentang bangsaku, bangsa Melayu.kau jangan macam – macam.Aku panggil geng aku nanti,aku belasah kau cukup – cukup”. Itulah dialog yang sering ku dengar melalui corong telinga ku setiap kali melihat pergaduhan yang melibatkan kaum Melayu dan kaum yang berlainan.

Dialog itu tidak semestinya melibatkan kaum Melayu dan ada juga kaum lain yang akn berkata begitu dan memanggil kawan – kawan mereka yang lain untuk membantu dalam pergaduhan tersebut.Akan tetapi aku lebih tertarik untuk menulis sebegitu kerana aku fasih berbahasa Melayu kerana aku juga kaum Melayu.

Pernah kah anda merasa anda mahu terlibat sama setiap kali anda melihat pergaduhan?adakah anda akan cenderung untuk menolong kaum anda semata – mata?dan adakah salah untuk saya di sini menyatakan jika anda berbuat demikian juga anda dikatakan bersifat perkauman.Ya, mungkin ada yang akan marahkan saya, maki saya, malah akan ada laman sesawang di Facebook yang mengatakan membenci tentang saya. Akan tetapi tidak sedarkah anda apabila kaum Cina atau India mempertahan bangsanya sendiri di dalam pergaduhan dan mereka mengatakan macam – macam mengenai Melayu anda semua akan melabelkan mereka sebagai bersifat perkauman.apakah itu semua?

Saya cukup masak dengan perangai anak muda belia kerana saya juga dalam lingkungan usia itu maka saya dapat rasakan hormon adrenalin mereka itu sangat memuncak – muncak dan bergelodak untuk melakukan sesuatu diluar kawalan dirinya. Pelbagai perkara mereka lakukan untuk mencapai perkataan ‘nikmat’ itu sampailah melakukan aktiviti pergaduhan melibatkan kaum ini.Apa kesudahan yang mereka dapat?lebam, bengkak, darah, kecacatan kekal atau kesemuanya sekali?tetapi percayalah kalian bahawa ada antara mereka yang mengatakan mereka puas bila mendapat habuan dengan apa yang mereka lakukan. Saya cukup tertanya – tanya, apa sebenarnya mereka lakukan?

Secara jujur, saya sangat kagum dengan tindakan orang – orang kita untuk memperjuang dan mempertahan bangsa kita.Tetapi majoritinya disalurkan melalui saluran yang salah.Perlukah gangsterisme terlibat sama?perlukan melibatkan senjata –senjata yang berbahaya?perlukah melibatkan alkohol dan judi?kemudian saya bersedih dan merenung kembali.Adakah kita benar – benar memperjuang atas nama Melayu?ataupun kita ini bersikap prejudis ke atas bangsa lain dan ingin mendapat nama yang gah dan gelaran yang mewah terhadap apa yang kita lakukan.

Iya.saya tidak nafikan bahawa kita harus menaikkan nama melayu kita ini.AYUH MELAYU KITA BANGUN KITA BERSATU KITA PERTAHANKAN NAMA BANGSA KITA!.Tetapi percaya lah jika setiap pejuang bangsa kita, pejuang bahasa kita dan segala macam pejuang kita yang telah terkorban dahulu itu masih hidup sehingga kita mereka semua akan sedih dan menangis melihat anak – anak bangsa mereka leka dengan perkataan ‘ingin mempertahan bangsa Melayu’ akan tetapi tidak tahu apa itu Melayu sebenarnya.

Setiap tutur kata yang kita sebut itu semuanya adalah hasil perjuangan mereka yang terdahulu.setiap nikmat kurnia yang kita rasa ini adalah hasil titik darah keringat mereka yang terkorban dahulu. Tapi sekarang, pergaduhan sebegitu tidak patut wujud lagi. Pepatah Hang Tuah pahlawan Melayu ada berkata ‘tak kan Melayu hilang di dunia’.Ya!memang tidak akan hilang selagi kita masih ada dan tak akan hilang sampai bila – bila. Cuma hilangnya adalah identiti kita sebagai melayu sejati.

Mari kita kupas apa yang saya cuba maksudkan dengan hilangnya identiti kita sebagai Melayu. Pertamanya dengan adanya pergaduhan kecil ataupun besar, hilanglah identiti kita sebagaimana yang diketahui awam di mana Melayu penuh dengan adat dan adab yang sopan lagi berbudi bahasa, kelihatan manis tersenyum sentiasa. Sekarang Melayu lebih suka dipandang sebagai orang yang suka bergaduh dan tidak boleh ditegur seperti biasa.