pengikut

Monday, January 10, 2011

AJL - AnaRafali Juara Lah!


Share/Bookmark
ini adalah konklusi yang aku dapat buat dari AJL - Anugerah Juara Lagu 25. Secara jujurnya aku tidak tengok dan menonton AJL kali ini.kerana ada kekangan masa.akan tetapi aku dapat melihat keputusannya di laman web sosial FB dimana rakan2 ku menulis dan menkritik serta mencaci juri atas keputusan yang di buat.

kenapa perlu tidak berpuas hati?
adakah anda ada mengundi seperti AF?
adakah anda ada berkongsi saham bersama artis itu?
adakah anda fanatik gila2 dgn artis yang anda rasa layak menang itu?

ataupun sudah menjadi lumrah rakyat kita.sesiapa yang menang dan mereka rasa tidak layak untuk menang.maka.org yang tidak berpuas hati itu perlulah 'mengondem' dan memaki org yang menang itu.
patutnya siapa yang diatas.kita tolaknya terus utk maju.
akan tetapi
kita
siapa yang diatas.kita tarik dia bersama-sama untuk jatuhkan dia.


ini adalah kesimpulan yang dapat aku buat daripada AJL 25.
ini adalah status2 yang aku tulis di FB.

MUNGKIN juri suka lagu yang ditulis sendiri oleh penyanyinya.MUNGKIN liriknya betul - betul sampai ke jiwa juri.MUNGKIN itu rezekinya.MUNGKIN kemenangan bukan terletak pada suara semata - mata.MUNGKIN juri ingin mengembangkan tahap literasi media dan seni suara kepada masyarakat.


suara siapa sedap - itu vokal terbaik..siapa perform terbaik atau nsem atau cantik - itu persembahan terbaik..artis paling popular di hati korang - ops itu anugerah bintang paling popular..bukan AJL..so..juara itu terletak pada lagu..bukan artis..sila lah melihat dan merasa di tempat juri..menilai lagu..isi..makna..bukan menilai kepopulariti..semua ada pro n con..so..jangan berhibur semata2..


saya tak suka dia menang.saya rasa dia tak layak!saya rasa orang lain yang layak!dia tidak berhak menang AJL!..<--- berdasarkan ilmu apa yang anda pelajari untuk anda secara lantang berkata begitu?jika anda benar - benar mendalami ilmu musik dan ilmu penghayatan lirik.saya rasa anda tidak duduk di depan kaca TV atau di kerusi penonton.mungkin anda patut berada di kerusi juri.


1 comment:

Mak adam said...

aku mang setuju sangat ngan komen ang tu...siapa kita nak kondem keputusan juri..kita tak tau apapun pasal muzik yang sebenar muzik..dah kalau ana yang paling layak untuk dapat anugerah tu,,terima ja lah kenyataan...para peminat tak rugi apa pun...mungkin tu memang rezeki dia..