“woi,,berani kau berkata bodoh dan mengata bukan – bukan tentang bangsaku, bangsa Melayu.kau jangan macam – macam.Aku panggil geng aku nanti,aku belasah kau cukup – cukup”. Itulah dialog yang sering ku dengar melalui corong telinga ku setiap kali melihat pergaduhan yang melibatkan kaum Melayu dan kaum yang berlainan.
Dialog itu tidak semestinya melibatkan kaum Melayu dan ada juga kaum lain yang akn berkata begitu dan memanggil kawan – kawan mereka yang lain untuk membantu dalam pergaduhan tersebut.Akan tetapi aku lebih tertarik untuk menulis sebegitu kerana aku fasih berbahasa Melayu kerana aku juga kaum Melayu.
Pernah kah anda merasa anda mahu terlibat sama setiap kali anda melihat pergaduhan?adakah anda akan cenderung untuk menolong kaum anda semata – mata?dan adakah salah untuk saya di sini menyatakan jika anda berbuat demikian juga anda dikatakan bersifat perkauman.Ya, mungkin ada yang akan marahkan saya, maki saya, malah akan ada laman sesawang di Facebook yang mengatakan membenci tentang saya. Akan tetapi tidak sedarkah anda apabila kaum Cina atau India mempertahan bangsanya sendiri di dalam pergaduhan dan mereka mengatakan macam – macam mengenai Melayu anda semua akan melabelkan mereka sebagai bersifat perkauman.apakah itu semua?
Saya cukup masak dengan perangai anak muda belia kerana saya juga dalam lingkungan usia itu maka saya dapat rasakan hormon adrenalin mereka itu sangat memuncak – muncak dan bergelodak untuk melakukan sesuatu diluar kawalan dirinya. Pelbagai perkara mereka lakukan untuk mencapai perkataan ‘nikmat’ itu sampailah melakukan aktiviti pergaduhan melibatkan kaum ini.Apa kesudahan yang mereka dapat?lebam, bengkak, darah, kecacatan kekal atau kesemuanya sekali?tetapi percayalah kalian bahawa ada antara mereka yang mengatakan mereka puas bila mendapat habuan dengan apa yang mereka lakukan. Saya cukup tertanya – tanya, apa sebenarnya mereka lakukan?
Secara jujur, saya sangat kagum dengan tindakan orang – orang kita untuk memperjuang dan mempertahan bangsa kita.Tetapi majoritinya disalurkan melalui saluran yang salah.Perlukah gangsterisme terlibat sama?perlukan melibatkan senjata –senjata yang berbahaya?perlukah melibatkan alkohol dan judi?kemudian saya bersedih dan merenung kembali.Adakah kita benar – benar memperjuang atas nama Melayu?ataupun kita ini bersikap prejudis ke atas bangsa lain dan ingin mendapat nama yang gah dan gelaran yang mewah terhadap apa yang kita lakukan.
Iya.saya tidak nafikan bahawa kita harus menaikkan nama melayu kita ini.AYUH MELAYU KITA BANGUN KITA BERSATU KITA PERTAHANKAN NAMA BANGSA KITA!.Tetapi percaya lah jika setiap pejuang bangsa kita, pejuang bahasa kita dan segala macam pejuang kita yang telah terkorban dahulu itu masih hidup sehingga kita mereka semua akan sedih dan menangis melihat anak – anak bangsa mereka leka dengan perkataan ‘ingin mempertahan bangsa Melayu’ akan tetapi tidak tahu apa itu Melayu sebenarnya.
Setiap tutur kata yang kita sebut itu semuanya adalah hasil perjuangan mereka yang terdahulu.setiap nikmat kurnia yang kita rasa ini adalah hasil titik darah keringat mereka yang terkorban dahulu. Tapi sekarang, pergaduhan sebegitu tidak patut wujud lagi. Pepatah Hang Tuah pahlawan Melayu ada berkata ‘tak kan Melayu hilang di dunia’.Ya!memang tidak akan hilang selagi kita masih ada dan tak akan hilang sampai bila – bila. Cuma hilangnya adalah identiti kita sebagai melayu sejati.
Mari kita kupas apa yang saya cuba maksudkan dengan hilangnya identiti kita sebagai Melayu. Pertamanya dengan adanya pergaduhan kecil ataupun besar, hilanglah identiti kita sebagaimana yang diketahui awam di mana Melayu penuh dengan adat dan adab yang sopan lagi berbudi bahasa, kelihatan manis tersenyum sentiasa. Sekarang Melayu lebih suka dipandang sebagai orang yang suka bergaduh dan tidak boleh ditegur seperti biasa.
No comments:
Post a Comment