otak aku penuh sampah.tapi tetap selit wangi bau haruman mu.
badan aku penat lelah.tapi aku masih daya untuk memeluk mu.
tapi kenapa kau macam bayang - bayang.kau pergi bila kau rasa aku tidak perlu.
kau.ye kau.kenapa aku masih merindui.
setiap gelak.tangis senyum ternampak gigi.
aku ingat sampai sekarang mungkin sampai ke mati.
mata kuyu.dongak pandang aku.kibas rambut.terkena aku.oh.wangi sayang.sangat wangi.
kau.ye kau.kenapa aku masih teringat.
iya.mungkin angau kerana kau masih kuat.
jalan - jalan seorang diri pun terbayang kau disebelah.melekat.
ah.sudah.parah memang parah.aku memang rindu kau yang amat sangat.
kau.ye kau.kenapa kau tak hilang - hilang.
ye.kau mungkin hilang kerana aku sudah kau buang.
tapi kau buang diri aku.tapi perasaan sayang tak pernah hilang.
ah.mungkin kau malu atau mungkin aku kuat perasaan berseorang?
kau.ye kau.kenapa kau masih di hati.
sumpah aku terasa bagai nak mati.
sakit aku.sedih aku.sayang aku.semua kau curi.
tertinggal aku.tanpa perasaan.kosong.terus menanti.
kau.ye kau.kenapa kau masih aku fikir
tulis karangan.tapi 4 perenggan nama kau terukir.
kira matematik.nama kau yang menjadi sifir.
aku dah mabuk.dah hanyut.kalah lagu Faizal Tahir.
No comments:
Post a Comment