pengikut

Friday, December 2, 2011

gagal kesan tajuk.


Share/Bookmark


aku bukan cuma pandai berkata.aku berkata gunakan fakta.

mana aku tahu itu semua fakta.aku pandang sekitar.

belajar dari pakar.belajar dari Dia.

aku ini bukan sukar.

aku cuma menjadi biasa.

tapi.

aku luar biasa dari mereka.

aku cermin muka untuk sedar siapa diri aku.

kamu cermin muka untuk ubah muka jadi palsu.

keluar jalan-jalan tiga inci putih menebal

aku pura pura hafal lagu untuk hebat di dunia.

tapi mereka tidak tahu ada sembunyi makna lain aku tafsir aku cuba.

aku tampil untuk menjadi satu magika.

tapi mereka anggap aku sampah semata.

Tuesday, October 25, 2011

tantrum


Share/Bookmark
tantrum.berderum.menderum.tantrum.
marah itu bukan realiti.
cuma halusinasi.
di atas minda separa sedar.

tantrum.berdehem.mendehem.tantrum.
marah itu kan perasaan juga.
sama macam sayang rindu dan suka.
semua di minda separa sedar.

tantrum.berderum.menderum.tantrum.
bentak itu bukan maki.
tapi panggil dengan lebih emosi.
sambil muka yakuza jepun tattoo naga berapi.

tantrum.
tantrum.
tantrum.
tan tara tan tan tara tan tanrum.

marah mengajar manusia.
ada tahan.ada lepas.ada tarik.ada hembus.
pandai kawal.pandai jirus.
api marak.terus terkambus.

tantrum.

p/s : kolej pendeta zaba UKM. di bilik *aku lupa no bilik aku.

Thursday, October 6, 2011

saya tak ada duit...


Share/Bookmark
''awak.cantikkan baju ini.nanti awak bolehlah belikan untuk saya, saya mesti nampak cantik dengan baju tu''

''iya awak.awak sekarang pun dah nampak cantik tapi takpe, awak tunggu je dulu,nanti saya belikan untuk awak ok sayang. jom jalan tempat lain dulu.''

''eh awak.cuba tengok cincin tu, berkilat dia lain macam kan, teruja saya tengok cincin tu.untunglah kalau perempuan dapat cincin tu kan awak''

''iya awak,cincin tu memang cantik, batu permata tu yang buat dia cantik.nanti awaklah yang jadi perempuan yang untung tu ok.jom jalan tempat lain dulu''

''awak, bila kita nak naik kereta awak?kadang-kadang saya cemburu tengok orang lain ada kereta, kita asyik dengan motor awak je.kadang-kadang terpaksa pula naik KTM sebab nak elak hujan''

''iya awak, nanti adalah kereta tu, saya tengah tengok mana-mana kereta yang saya suka, setakat ini semua tak menepati citarasa saya, jom jalan tempat lain dulu tapi awak mesti dah penat berjalan, jom kita rehat kejap''

''awak, restoran tu nampak sedap je awak.bila kita dapat makan dekat tempat restoran macam itu awak.makanan dia pun nampak sedap''

''iya awak, memang sedap pun, tapikan awak, kita dah duduk kat kedai mamak ni awak, tak kan nak blah macam tu aja, nanti tak nampak sopan pula, esok lusa saya bawa awk pergi restoran itu ok awak? jom kita makan awak...........''

p/s : jangan marah jika lelaki itu kuat menipu..........................................................................

Thursday, September 29, 2011

guna habis!


Share/Bookmark
manusia berorientasikan ideologi sampah.
guna habis.
tak pandai kitar semula.
oh.tidak kau sedar yang sampah itu lagi berguna?

manusia berpasakkan pemikiran binatang.
guna habis.
tak pandai guna akal.
oh.tidak kau sedar manusia punya akal kenapa kau guna sejengkal?

manusia berteraskan kepercayaan hantu.
guna habis.
tak pandai buang saka.
oh.tidak kau sedar hantu itu tak sekali kacau an-nas sang manusia?

manusia berpusatkan pegangan harta.
guna habis.
tak pandai simpan sikit.
oh.tidak kau sedar kau cari tuhan cuma masa sakit?

*ps - selamat kembali membaca. di kafe za'ba ukm.

Thursday, August 18, 2011

Kucing Gelap [part 6]


Share/Bookmark

PAANGG!!

Kedengaran jelas pasu yang terhiasnya bunga raya itu pecah jatuh berderai. Bukan kerana dek diusik kanak-kanak kecil mahupun disentuh oleh pupukan bayu sang angin. Pasu yang tidak pernah bergoyang itu terjatuh apabila seekor kucing tercampak kearah pasu itu hingga menyebatkan pasu itu terjatuh dari tempat asalnya. Bukan sekali, tetapi sudah banyak kali kejadian ini terjadi sehingga manuisa yang tinggal di kawasan taman itu pun sudah tidak ambil kisah jika terdengar pasu jatuh dan berderai pecah.

Sekumpulan kucing ganas mula menerpa ke arah kucing yang kesakitan itu, mereka mula mengelilingi kucing itu, bunga dan tanah yang bersepah itu dipihak-pijak seperti tanpa rasa bersalah dengan apa yang mereka lakukan itu. Kemudian kelihatan satu kaki mula menghinggap di muka kucing yang kesakitan itu. Kucing yang lemah itu tidak mampu bergerak dan hanya mengiuskan kaki-kakinya seperti mahu meminta tolong.

‘Kau nampak mana Selibut pergi!’

Ya!Itulah suara Jagoan, ketua di lorong gelap di taman itu yang kuat pengaruhnya. Dia menjerit berulang kali mengulangi soalan yang sama.

‘Aaa..aku..aku tak nampak dia Jagoan. Di..dia sudah lama hilang dari kawasan kami’

Jawab perlahan daripada mulut kucing yang terdampar kesakitan itu yang juga salah seorang konco lama Selibut tetapi kini sudah kembali mengikut arahan Mantera.

‘Dengar cerita Mantera arahkan dia untuk mengambil kepala aku ini? Hah! Mana dia! Aku tunggu!’

Jagoan telah mendapat tahu tentang perkhabaran di mana Mantera telah mengarahkan Selibut untuk mengambil nyawa Jagoan serta memenggal kepalanya sebagai bukti kepada Mantera. Akan tetapi apa yang tidak diketahui oleh si Jagoan adalah Selibut tidak pun mengambil cabaran yang diberi oleh bapanya Mantera sebagai satu cabaran yang betul. Malah Selibut tidak terlintas langsung untuk bergaduh mengalahkan Jagoan.

‘Jagoan...Selibut dah hilang lama dari tempat kami. Malah ada yang cakap dia sudah meninggalkan kumpulan kami. Kami hanya mengikut arahan Mantera sahaja sekarang.’

Sambung kucing yang masih berada di bawah tapak kaki Jagoan itu. Muka Jagoan seakan-akan terkejut mendengar berita itu. Adakah ia satu gurauan ataupun sindiran? Ataupun ia adalah satu muslihat untuk menjatuhkan Jagoan dan konco-konconya. Jagoan tidak percaya malah dia semakin marah apabila kucing itu memberitahu tentang perkara itu.

‘Selibut dan Mantera akan menerima nasib yang sama macam kau, KUCING JALANAN!’

Herdik Jagoan sambil memijak semakin lama semakin kuat kepala kucing itu, sehingga kedengaran bunyi tulang pecah dan merekah. Kucing yakni konco sang Mantera mula mengerang kesakitan, tetapi kaki-kakinya telah dipijak oleh kucing-kucing lain. Jagoan makin kuat memijak tengkorak kepala kucing itu sehingga mengalir darah menerusi hidung dan telinga kucing itu. Kucing itu, mati kelayuan terkujur bangkainya itu di tepi jalan. Memang tak dapat dinafikan tenaga dan kuasa yang ada pada Jagoan itu.

Kucing yang mati itu kelihatan sungguh azab sekali disaat hembusan terakhirnya. Dia mengalami tengkorak yang pecah akibat dipijak, serta darah terkeluar menerusi telinga dan hidungnya. Kedua-dua biji matanya seakan-akan tersembul keluar dari soket matanya. Mungkin itu yang mahu ditunjuk oleh Jagoan, jangan sesekali berurusan dengan dia jika urusan itu seperti menempah kubur sendiri. Jagoan berlalu pergi tanpa rasa sedikit kesal tentang perbuatannya itu.

Kumpulan kucing itu mula meninggalkan bangkai kucing itu. Beransur seekor demi seekor melihat keadaan bangkai itu, sungguh kejam dan zalim tindakan Jagoan itu. Tetapi tiada seekor pun yang mampu membantah arahan Jagoan itu malah ada juga yang sokong sepenuhnya apa yang Jagoan buat itu. Mereka semua beredar dari kawasan itu mengikut kemana sahaja arah Jagoan selepas ini. Tapak Jagoan mula laju menuju ke kawasan Mantera.

Suara-suara belakang mula kedengaran yang mengatakan mungkin akan terjadi gaduh besar hari ini. Konco-konconya mula resah gelisah kerana mereka semua tidak bersedia untuk bertarung pada hari ini. Akan tetapi mereka tetap akur tunduk kepada arahan Jagoan meskipun membawa ajal kepada diri sendiri. Itulah yang menunjukkan kesetiaan kepada ketua walau sekejam mana ketua itu, mereka masih berada di belakang dan menyokong ketua itu.

‘Kau semua masih mengikut aku? Kau semua masih setia taat pada perintah aku?’

Kata Jagoan sinis kerana kelihatan konco-konco dan anak-anak buahnya mula gelisah seperti cacing kepanasan apabila mereka makin menghampiri kawasan Mantera. Jagoan tidak langsung menunjukkan perasaan gentar mahupun takut malah dia seperti beria-ia untuk bertarung pada petang hari ini.

‘Ka..kami masih setia dengan kau Jagoan.Ja..jangan risau.’

Terketar-ketar jawapan yang diberi oleh salah seorang daripada mereka. Walau apa pun keputusan yang dibuat oleh Jagoan mereka pasti akur kerana jika tidak nasib mereka akan sama seperti kucing yang mati sebentar tadi. Walau apa sekali pun arahan yang diberi oleh Jagoan mereka pasti laksanakan ibarat mereka itu tiada roh tetapi seperti satu tentera boneka aturan dan arahan yang direka oleh Jagoan sendiri.

‘Berani kau masuk ke kawasan aku ya Jagoan!’

Monday, August 8, 2011

Kucing Gelap [part 5]


Share/Bookmark

Selibut dapat merasakan yang kepulan asap mula memerangkap tubuhnya. Setiap sedutan nafas dia, asap itu akan turut serta memasuki ke dalam rongga badan Selibut. Selibut mula mengerang kesakitan. Kedengaran tulang-tulang Selibut seperti merekah retak dan berderak, urat muka Selibut timbul dan berdenyut. Suara Selibut mula bertukar garau dan semakin kuat dia mengiau kesakitan.Adakah ini pembalasan yang dia perlu hadapi setelah apa yang dia lakukan selama ini.

Segala dosa-dosa silamnya seakan terpancar di hadapan Selibut. Bagaikan papan putih menayangkan segala cerita-cerita wayang gambar bergerak. Selibut begitu jelas dengan apa yang dia lihat, segala apa dosa salahnya yang dia lakukan, segala kekejaman dan penganiayaan yang dia lakukan. Muka Selibut bercampur takut dan sakit. Jantungnya berdegup laju, nafas naik turunnya semakin rancak.

‘Maafkan aku semua!Maafkan aku!Aku tak kan mengulangi apa yang aku akan buat!Ya Tuhan!Ampunkan dosa aku!’

Bentak sang Selibut, dia begitu menginsafi dengan segala perlakuannya sebelum ini. Dia menitiskan air mata kekesalan. Kesakitan yang dialaminya itu benar-benar membuka matanya tentang apa yang selama ini dia lakukan. Tiada gunanya menjadi seekor kucing yang liar, ganas digeruni tetapi hakikat dia hanya dimaki dan dibenci.

‘Kucing tua! Henti kan semua ini! Aku tak sanggup menanggung keperitan ini lagi’

SPLASSH!!

Air dijirus ke tubuh Selibut.

‘Aku sudah selesai berubat 10 minit yang lalu Selibut’

Kata kucing tua itu perlahan sambil menepuk muka Selibut supaya Selibut sedar daripada lamunannya. Muka Selibut kebingungan dan kucing tua itu seakan menahan gelaknya.

‘Habis, kenapa aku merasakan kesakitan itu sungguh lama?

Tanya Selibut yang kebingungan, kerana Selibut pasti dia masih merasakan asap-asap yang memasuki badannya itu sungguh lama dan sungguh menyakitkan.

‘Itu hanyalah bayangan kau saja anak muda. Kau pengsan ketika aku mengubati kau. Kini kau benar-benar pulih’

Tersenyum sinis kucing tua itu menjawab sambil mengemas barang-barang ubatannya. Kelibat Manja dihujung jambatan samar-samar kelihatan, dia hanya memerhati dari jauh apa yang telah terjadi pada Selibut. Manja masih lemah dan demam kuat. Dia tidak terdaya untuk berada disebelah Selibut dan mengucapkan syukur dan tahniah kerana sudah pulih daripada kesakitan rohani dan jasmani yang dialami oleh Selibut.

Manja tersenyum tanda syukur, dia berterima kasih kepada tuhan dapat menemukannya dengan Selibut. Selibut telah memberi Manja satu sebab untuk dia tidak mahu berputus asa dengan kehidupan. Manja cuba untuk bangun, tetapi dia rebah kembali. Kucing tua itu berkali-kali ingin mengubatinya, tetapi Manja enggan diubati oleh bapanya kerana die pernah berkata, hanya Selibut boleh mengubati sakitnya itu.

Selibut mula bergerak bebas, dia tidak lagi terhincut-hincut seperti dahulu. Bulunya bersih dan molek rupa parasnya. Cuma yang tinggal hanya parut yang disemadikan dimukanya itu. Biarlah parut itu menjadi satu kenangan hitam di dalam hidup Selibut. Selibut menjilat membersihkan bulu-bulunya, dia dapat merasakan die seperti hidup semula dan diberi nyawa kedua. Selibut lupa seketika kewujudan Manja yang sedang sakit itu, dia hanya mementingkan kesihatannya sendiri. Dia leka bermain dan berlari di sekeliling kerana begitu girang kerana tubuhnya sudah sihat.

Kemudian kedengaran suara lemah memanggil Selibut. Selibut mula memalingkan kepalanya kearah suara itu. Kelihatan Manja berjalan menuju ke arah Selibut dalam keadaan begitu lemah. Selibut terdiam seketika, dia baru teringat tentang kewujudan Manja itu. Dia mula menolong Manja berjalan, dia memapah dan berada di sebelah Manja.

‘Saya gembira awak sudah sihat Selibut...’

Sayup-sayup kedengaran suaranya menembus ke dalam telinga Selibut. Selibut masih mendiamkan diri. Selibut membawa Manja berjalan-jalan disekitar jambatan itu kerana ingin memastikan Manja juga sihat seperti sedia kala. Biarkan Manja mula menghirup udara segar disekitar kawasan itu. Selibut mula berasa kasihan terhadap apa yang telah terjadi kepada Manja dan dia merasakan apa yang terjadi kepada Manja adalah atas kesalahan dan kebodohannya sendiri.

‘Awak tahu Selibut, saya memang yakin yang awak akan kembali....kerana ada hikmah disebalik perkenalan kita yang unik ini.’

Manja berkata kembali dan secara tiba-tiba, Selibut menghentikan langkahnya. Dia tidak menyangka Manja akan berkata sedemian lagi. Kata-katanya sudah lama menghantui mimpi-mimpi malam Selibut. Dia sendiri tidak tahu mengapa kata-kata itu sering muncul di benak otaknya dan kini, Manja menyebutnya kembali.

‘Ke...kenapa kau berkata begitu manja? Kau tahu tak, aku selalu bermimpi tentang kata-kata kau itu sedangkan kita baru kenal...’

Jawab Selibut terketar-ketar. Tetapi selepas Manja mendengar kata-katanya itu, Manja kelihatan terkejut dan secara tiba-tiba Manja tampak sedih. Selibut hairan, adakah dia tersalah kata?Adakah kata-katanya mengguris hati Manja?Dia sendiri pun tidak tahu mengapa Manja sedih. Manja tertunduk layu. Air mata menitis dan ternampak titisan itu di permukaan jalan.

‘Awak benar-benar lupa ya Selibut?Awak memang benar-benar tak ingat?....’

Friday, August 5, 2011

Kucing Gelap [part 4]


Share/Bookmark

Sepanjang perjalanan yang tidak ketahuan arahnya itu, Selibut hanya memikirkan nasib dan bala yang menimpa dia. Setiap langkah akan bertingkah bersama keluhan dan lelahan Selibut. Dia seperti sudah putus asa dengan hidupnya. Kucing mana yang tak sedih kalau dibuang tuan?Kucing mana tak sedih kalau dibuang keluarga? Hati siapa tak sediah kalau semua salah dituduh kepada kita walhal arahannya datang daripada tuan dan keluarganya.

Selibut sampai ke satu jambatan. Dia terhenti seketika, Selibut seakan-akan teringat tentang jambatan itu. Selibut berlari dengan terhincut-hincut ke arah jambatan itu. Kelihatan kepulan asap yang sama dia lihat tempoh hari. Kelibat dua ekor kucing siam kelihatan. Selibut menghampiri mereka. Sah! Itulah jambatan yang dilawati tempoh hari di mana dia telah di bawa oleh seekor kucing betina.

Selibut memerhatikan dua ekor kucing itu dari jarak jauh. Satu sedang memerhati, satu lagi sedang terbaring sakit. Selibut semakin berani menghampiri mereka. Selibut tahu yang dia telah meninggalkan dua ekor kucing itu gantung tanpa bertali, meninggalkan mereka tanpa sebab. Selibut berfikir dua tiga kali sama ada untuk menegur atau tidak dua ekor kucing itu.

‘Kau dah pulang Selibut?’

Ujar kucing tua itu walau tanpa menoleh ke belakang.

‘Mana kau tahu ini aku?’

‘Kau tak potong misai kau.maka kau tahu hendak balik ke tempat asal kau. Malah aku boleh bau kehadiran kau, kau sudah lupa?aku kan kucing’

Selibut menghampiri kucing tua itu dan memerhatikan anak kucing tua itu, Manja sedang sakit teruk.

‘Sejak kau tinggalkan dia, dia demam teruk’

Kucing tua mula bersuara kembali. Kucing tua itu tidak marah tentang kehilangan Selibut tempoh hari, malah dia berterima kasih kerana datang kembali ke sini. Dia begitu yakin dengan diri Selibut yang Selibut akan kembali untuk melawat mereka. Kucing tua itu mula menjilat dahi Manja dan memberitahu Selibut sudah pulang.

Manja membuka matanya perlahan-lahan, lantas mengukirkan senyuman. Terpancar indah serinya di mata berwarna biru Manja itu apabila melihat Selibut sudah kembali kepangkuangnya. Manja cuba ingin bangun dan memeluk Selibut, tetapi tubuhnya seperti diletakkan batu ke atasnya, dia begitu tidak larat dan kelihatan tenat.

‘Maafkan aku Manja, bukan niat aku untuk meninggalkan kau sedemian rupa. Aku mahu pulang ke rumah aku, tapi akhirnya, aku dibuang oleh darah daging aku sendiri, oleh bapa aku sendiri!’

‘Sabarlah selibut, kini, jadikanlah bawah jambatan ini sebagai rumah baru kau, akanku pulihkan kesihatan kau itu wahai kucing muda’

Jawab kucing tua itu kepada Selibut selepas Selibut memerhatikan Manja yang tidak memberi sebarang jawapan. Selibut mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa dia tempoh hari dan kini, memberi dia tempat berteduh dan tempat berlindung. Selibut berjanji akan menjaga mereka dan bertanggungjawab ke atas Manja dan kucing tua itu.

Kucing tua menarik Selibut ke suatu tempat, di hujung jambatan untuk berbincang berkenaan Manja. Selibut seakan takut dengan kucing tua itu, kerana kucing tua itu semacam ada satu aura yang boleh menjadikan kucing lain tunduk padanya. Selibut hanya berani mengangguk dan mengiyakan apa yang dikatakan oleh kucing tua itu.

‘Selibut, selepas aku mengubati kau, aku akan perturunkan segala ilmu pertempuran kepada kau, kerana aku tiada sesiapa lagi. Manja pula tidak berminat langsung dengan apa yang aku ada. Aku pula sudah terasa malaikat maut mahu memanggil aku.’

Selibut mengangguk faham. Kucing tua berlalu pergi dan mula perasapkan segala perkakasnya untuk memulakan upacara pembersihan diri Selibut. Selibut mengekori kucing tua itu dan memerhati tingkah laku kucing tua tersebut. Kucing tua itu menyelimutkan kembali anaknya, Manja.

‘Tidurlah Selibut, besok hari, kita mulakan upacara’

Selibut mula melabuhkan diri, sekelip mata, Selibut dapat melelapkan matanya kerana kepenatan berjalan seharian. Mimpi Selibut berulang lagi, lagu dodoian ibunya tenang bermain dikotak mimpinya.

‘Hai sang putera, usah takut untuk terlena, aku menjaga kau wahai putera, walau aku sudah tiada, Jangan kau bimbang untuk menangis, akan ku sapu segala tangis, senyumlah sayang jangan kau bengis. Usah kau ragu untuk ketawa, hidup kita untuk dimanja, bukan mencari harta dan kuasa, marilah tidur wahai putera....’

Lagu itu terus rancak bermain, menemani tidur enak Selibut. Tiba-tiba..

‘Mungkin ada hikmah disebalik perkenalan kita yang unik ini!’

Dia pun tersentak tersedar. Kemudian, dia terus terduduk memikirkan tentang mimpinya. Dia tertanya-tanya kenapa ayat Manja itu sering bermain-main difikirannya. Selibut melihat dari jauh, ada kepulan asap yang tebal bersama kucing tua itu mengelilingi asap itu. Dia menghampiri kucing tua itu.Kepulan asap makin kuat, bau kemenyan seakan-akan memenuhi ruang di sekitar bawah jambatan itu.

‘Hai petala setara alam, kau datang kau pulang, aku bawa hajat kau, aku bawa habuan kau, tulang ikan emas hadiah bunian, tulang ayam kampung hadiah saka, jangan kau takut berdamping sini, aku hanya ingin berkongsi’

Berulang kali jampi serapah keramat itu terkumat kamit di mulut kucing tua. Selibut semakin lama semakin takut dengan kelakuan kucing tua itu. Tapi, dia telah mengotakan janjinya untuk menurut segala apa yang dikatakan oleh kucing tua itu. Selibut memberanikan dirinya untuk bersebelahan dengan kucing tua itu.

Kucing Gelap [part 3]


Share/Bookmark

Ayah!aku dah balik!ayah!mana ayah?

Jerit Selibut di lorong jalan yang dijaga oleh konco-konco ayahnya, Sang Mantera. Selibut pelik, kemana hilangnya mereka semua. Jeritan dan suara Selibut semakin kuat memecah kesepian kawasan itu. Semakin jauh Selibut meniti senyap di lorong itu, dia takut kalau-kalau tempatnya telah di ambil oleh Sang Jagoan.

Muncul kelibat kucing perang bermuka garang keluar daripada tong sampah. Muncul lagi dua ekor kucing kembar berwarna jingga bermuka suka. Mereka mula mengepung Selibut sambil ketawa dan mengiau dengan suara garau seperti memberi isyarat kepada kucing lain. Dalam redup petang itu, gerimis hujan yang tiada habisnya itu, muncul dari tengah lorong gelap itu, Mantera keluar diapit rapat oleh pengikut setianya.

Semua pengikut setianya itu sujud tanda hormat kepada Mantera, Mantera mengangkat tangan seperti ketibaan Adolf Hitler untuk menyampaikan ucapan. Laungan keramat ‘Hidup Mantera, Hidup Mantera’ bersambung-sambungan. Selibut turut sama bersujud dan melaungkan kata-kata itu. Begitu gah segali Mantera sehingga diagung seperti tuhan, disanjung seperti dewa.

‘Ayah, aku kembali ayah’

Rintih Selibut terhincut-hincut berjalan ke arah Mantera.

‘Cis, berani kau memanggil aku ayah! Aku tak pernah punya anak penakut bacul pengecut seperti kau!’

Herdik Mantera kepada Selibut diselangi dengan ludahan tepat ke muka Selibut. Hina sungguh Selibut itu sehingga ayahnya sendiri sanggup melakukan perkara seperti itu. Selibut terkejut dengan kata-kata dan perbuatan Mantera. Gelak tawa disambut oleh pengikut-pengikut Mantera yang lain. Selibut makin bingung.

‘Mulai hari ini, kau jangan datang lagi di sini, melainkan kau datang membawa kepala Jagoan, jika tidak, nyah kau kucing jalanan!’

Cakaran oleh Mantera tepat mengenai mata Selibut membuatkan Selibut menjerit kesakitan. Tubuhnya di pegang oleh pengikut Mantera. Kemudian dia di cakar bertubi-tubi sehingga Selibut tertunduk dan terjatuh. Sakitnya hanya tuhan saja yang mengetahui, hanya diri sendiri yang tertanggung. Sebaik sahaja Selibut tidak melawan, kucing-kucing yang persis ibarat zionis itu mula beransur pergi. Mereka perlahan-lahan meninggalkan Selibut. Ayahnya hanya memandang dan menggelengkan kepala.

‘Ingat, kepala Jagoan!’

Kata terakhir Mantera sambil memijak kepala Selibut dan dia pun berlalu pergi.

Hari kian gelap,kian malap. Lampu jalan baru terbuka menunjukkan Maghrib akan menjelma. Tubuh layu Selibut kini mengesot ke salah satu lampu jalan untuk mengelak daripada di gilis motor atau basikal. Jalan itu adalah antara jalan pintas untuk manusia pergi ke surau di taman itu. Azan Maghrib berkumandang, dan kemudian motor dan basikal mula membanjiri lorong itu. Becak air hujan mula memercik di muka Selibut, dan dia hanya mampu berdiam diri.

Segala kenangan mula terbit daripada minda Selibut, kenangan dia dimanja oleh ibunya, disusukan oleh ibunya. Dia masih teringat akan waktu lalu, sewaktu dia kecil dan bagaimana ayahnya mengajar untuk bertarung seperti rakyat Sparta mengasuh anak mudanya. Ibunya cukup tidak suka, akan tetapi ibunya dianggap penghasil anak sahaja. Tidak ubah seperti pelacur jalanan.

Selibut mula mengerti apa yang dimaksudkan oleh ibunya setiap kali dia mahu tidur. Ibunya acap kali mendendangkan lagu untuk menidurkan anaknya itu.

‘Hai sang putera, usah takut untuk terlena, aku menjaga kau wahai putera, walau aku sudah tiada, Jangan kau bimbang untuk menangis, akan ku sapu segala tangis, senyumlah sayang jangan kau bengis. Usah kau ragu untuk ketawa, hidup kita untuk dimanja, bukan mencari harta dan kuasa, marilah tidur wahai putera....’

Selibut cukup merindui ibunya, sekejam mana perangai Selibut masih tersimpan sebuku perasaan kasih rindunya terhadap sang ibu. Bergenang air mata Selibut mengenangkan ibunya yang sudah tiada. Ibunya mati ditangan ayahnya sendiri akibat ibunya hendak membawa Selibut keluar daripada lorong gelap yang boleh memusnahkan masa depannya. Tapi semua sudah terlambat, ibunya tiada, masa depan Selibut sudah pun gelap segelap bulu hitamnya itu.

‘Mak, Selibut rindu mak!’

Jeritan dalam tangisan penuh kesyahduan memecah kesepian dilorong gelap itu. Lagu dodoian ibunya bermain-main di dalam minda Selibut. Selibut dapat merasakan kehangatan tubuhnya dipeluk oleh ibunya. Selibut memejamkan matanya sambil tersenyum. Lampu jalan yang memancar memanaskan badan Selibut menjadi saksi, betapa seksanya menjadi kucing buangan. Pergi sini disepak, pergi sana dipijak. Tiada siapa yang kasih, tiada siapa yang sayang.

Tin!Tin!Pon!Pon!

Pekikan hon kereta membingitkan telinga Selibut. Sudah pagi rupanya. Manusia sudah bangun mencari rezeki halal. Kucing bangkit mencari rezeki pemberian tuannya. Selibut? Mencari makan di tong sampah sebelum dikutip oleh majlis perbandaran, sebelum dibaling dengan kayu dan batu oleh kanak-kanak. Selibut terhincut-hincut meneruskan sisa-sisa hidupnya untuk bertarung dengan nyawanya sendiri.

Semakin jauh Selibut membawa diri, pelbagai kenangan Selibut harus lupakan di lorong gelap itu. Selibut bersumpah dia tidak akan menjejakkan kakinya di lorong gelap yang pernah dia panggil rumah itu. Walau ayahnya berkata untuk memberikan keistimewaannya kembali apabila membawa kepala Jagoan, Selibut tidak akan turutkan. Jangankan kepala Jagoan, kepala tikus sendiri pun Selibut tidak mahu bawakan.

Bukannya Selibut pengecut, tetapi, daripada dia bergaduh dan berbunuhan, baik dia mulakan hidup baru, lagipun sewaktu di lorong gelap kelmarin, Selibut dapat merasakan yang ayahnya ingin membunuhnya walau dalam apa cara sekali pun. Daripada menempah kubur sendiri, baik dia membawa diri.

Thursday, August 4, 2011

Kucing Gelap [part 2]


Share/Bookmark

Tik! Tik! Tik!

Hujan menitik lebat membasahi bumi. Segala titis-titis hujan telah memadam segala kesan kenangan yang telah dibuat di lorong itu. Tiada siapa yang boleh menyebut tentang perkara itu dan tiada siapa boleh mengingatkannya kembali. Jagoan masih memegang takhtanya manakala Mantera masih menutup malu kerana kekalahan anaknya itu dan sebab itulah dia tidak mahu sesiapa mengungkitkan perkara itu lagi.

Kelihatan Selibut resah gelisah, berguling tidak tentu arah. Kedengaran suara Selibut seakan-akan mengerang dan berkumat-kamit.

‘Mungkin ada hikmah disebalik perkenalan kita yang unik ini’

Berulang kali ayat itu bermain di mimpinya.

Pang!

Selibut tersedar dan tersentak akibat bunyi guruh yang kuat.

‘Ah!sakitnya!’

Selibut melihat badannya diselaputi dengan daun-daun diikat rapi dengan akar-akar kayu. Dia cuba untuk bangun dan berjalan, tetapi kaki kiri depannya patah dan menyebabkan die berjalan terhencut-hencut. Dia cuba ingat kembali apa yang berlaku kepada dirinya. Tetapi semuanya samar-samar dan kabur.

Selibut terduduk mengingatkan kata-kata yang bermain di mimpinya itu. Dia kebingungan lalu menghentak-hentakkan kepalanya di dinding.

‘Sabarlah anak muda. Aku tahu kau dalam kebingungan. Aku dapat rasakan degupan jantung kau yang laju itu,tenang anak muda,tenang’

Kata-kata kucing tua yang tiba-tiba datang di belakangnya itu. Selibut terkejut dan menendang segala ubat-ubat yang ada disekitarnya.

‘Kau siapa kucing tua? Mengapa aku ada di sini?’

Kata Selibut dalam muka yang cemas.

‘Kau selamat di sini. Usah risau, usah khuatir, anakku telah menceritakan semuanya kepadaku’

‘Oh.anak betina kau itulah yang selamatkan aku?Sekarang baru aku jelas tapi kenapa?’

‘Kenapa kau cakap?Siapa yang tidak kenal kau wahai Selibut, anak sang Mantera ketua kawasan yang terkenal segenap halaman’

‘Kau.....kau kenal aku?’

‘Bukan aku sahaja, malah segala musuh-musuh kau Selibut! Kau telah diselamatkan oleh anakku si Manja daripada serangan dan gigitan rakus musuh-musuh kau’.

Selibut terduduk dan terkejut. Dia hanya berdiam diri dan memikirkan nasibnya jika dia tidak diselamatkan oleh Manja. Iya, memang benar Selibut mempunyai begitu ramai musuh berbanding kawan. Manakan tidak, sepanjang hidupnya dia hanya diasuh untuk bergaduh, bermusuh dan berperang. Naluri Selibut sudah pun sebati dengan perkara yang melibatkan kekejaman. Sudah banyak nyawa kucing-kucing tewas ditangan Selibut, begitu juga perawan sang betina-betina yang telah dirobek oleh Selibut.

Selibut memang kejam! Dia langsung tidak mempunyai sikap perikebinatangan. Tidak pernah kasihankan kucing-kucing lain, dia hanya mementingkan diri dan tamakkan kuasa. Akan tetapi, kuasa tidak mungkin membawa dia kepada kebahagiaan. Lihat dirinya sekarang, berselubung dengan kesakitan dan kepedihan.

‘Aku mahu pulang!aku mahu jumpa ayah ku!’

Herdik Selibut kepada kucing tua itu. Dia langsung tidak mengendahkan kata-kata kucing tua itu dan apa kucing tua itu cuba lakukan kepadanya. Dia hanya mahu pulang ke rumahnya. Lantas dia mencabut segala daun-daun yang terikat dibadannya lalu berlarilah terhincut-hincut sang Selibut di dalam lebatan hutan.

‘Ayah!Kenapa ayah biarkan Selibut melarikan diri?’

Tiba-tiba manja bersuara kerana terdengar herdikan Selibut. Manja yang sedang mencari makanan di belakang bingkas lekas berlari cuba mengejar Selibut, tetapi apakan daya, hujan menghalang pemandangannya. Selibut hilang dalam kabus hujan yang lebat.

‘Biarkan dia Manja, dia belum kenal erti susah, belum kenal erti hidup yang sebenarnya’

Kata kucing tua itu dengan tenang.

Mata Manja bergenang ditemani rintik-rintik hujan.

Kata mu akan ku kota, janji mu akan ku setia, walau kita seusia muda, akan ku tunggu kau sehinnga ku tua. Manis kata mu tiada terperi, indah wajahmu ibarat mentari, bulan mengambang kan ku beri. Sebagai bukti cinta sejati

Titis air mata manja langsung tidak kelihatan kerana tubuhnya sudah lama dibasahi hujan. Memang Selibut itu kejam, bukannya mengharapkan balas, tetapi cukuplah sekadar ucapan terima kasih. Manja menjilat dan mengurut lembut kakinya yang terluka semasa dia menyelamatkan Selibut. Kucing tua hanya memerhatikan dari jauh kelakuan anaknya itu.

Kucing tua berjalan perlahan menuju kepada anaknya apabila hujan sudah berhenti. Manja menggigil kesejukan dan nama Selibut tersebut-sebut di bibir hitam manisnya itu. Memang keturunan kucing siam ini tidak pernah mengenal erti putus asa untuk menunggu Selibut sang kucing hitam itu. Kucing tua membaluti tubuh Manja dengan sehelai kain ungu usang untuk memanaskan badan Manja. Kucing tua hanya menggelengkan kepala lalu pulang ke bawah jambatan.

SKREEETTT!

Dia hampir digilis kereta yang meluncur laju di sebelahnya. Mujur kain yang dibaluti oleh kucing tua itu berwarna terang, pemandu kereta itu dapat mengelak daripada terlanggar Manja. Pemandu itu berhenti dan melihat keadaan Manja. Lalu pemandu itu meletakkannya kembali di bawah jambatan bersama kepingan roti. Kucing tua hanya menunduk dengan perasaan hormat dan menggeselkan kaki pemandu itu tanda terima kasih.

Pemandu itu mengusap kepala kucing tua itu dan kepala si Manja.

‘Kenapa kau berdua duduk di bawah jambatan ini, siapalah yang sanggup membuang dua kucing comel ini’

‘Aku mahu cepat ya sayang, kalau kita berjumpa lagi, aku janji akan bawa kau pulang’

Pemandu itu, ringkas berbaju kurung, hitam manis serta rambut ikal dilepaskan mencium kepala kedua ekor kucing itu. Lalu dia masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalannya.

Kucing Gelap [part 1]


Share/Bookmark


Tenang lengang kelihatan di suatu lorong gelap. Tiada siapa yang berani masuk di kawasan tersebut walaupun lorong itu adalah salah satu lorong di taman perumahan. Bukannya takut akan hantu pada waktu malam, malah bukan juga takut akan perompak, peragut atau penagih yang bersarang di situ. Hakikatnya, hantu, perompak, peragut dan penagih itu sendiri juga tidak berani untuk berada di lorong gelap itu.

Kedengaran bunyi cakaran yang mencakar di dinding dan papan-papan rumah penduduk di taman itu. Bunyi carikan yang menyakitkan telinga segenap penduduk serta boleh menakutkan kanak-kanak yang baru mahu terlena. Kelihatan bayang-bayang satu lembaga muncul di balik pasu bunga yang sudah layu bunga-bunganya. Mungkin, layu kerana takut untuk hidup kerana kalau mereka hidup, nescaya mereka hidup di dalam ketakutan.

Lembaga itu kemudian memunculkan diri. Nah! Seekor kucing rupanya. Kenapa begitu ramai yang tidak mahu melalui jalan ini, hakikatnya hanya seekor kucing yang menginap di kawasan tersebut. Ramai yang tidak tahu tentang kejadian berdarah 2 tahun lalu yang menyebabkan lorong itu dianggap berpuaka. Jika sesiapa yang baru masuk di kawasan itu dan bercakap semberono, maka mereka akan mendapat habuan sebaik sahaja mereka menamatkan ayat terakhir mereka. Dahsyat bukan?

Kucing itu berjalan terhencut-hencut dan melompat untuk memanjat sebuah tembok di salah satu rumah di taman tersebut. Dia kemudiannya menjilat-jilat jari dan membersihkan badannya yang berbulukan gelap hitam itu. Kelihatan rupa kucing itu tersangatlah uzur dan tenat bersama mukanya yang sangat murung. Badan-badannya penuh dengan calar balar seperti seseorang baru pulang daripada berperang.

Kucing itu tertunduk sayu. Angin sepoi-sepoi bahasa menemani dia bersama matahari memancar tepat di matanya. Sinaran itulah yang memberi bahagia kepadanya dan angin itulah yang memberi nafas baru kepadanya. Matanya berkaca dan bergenang, seperti kenangan lalu telah menggamit perasaannya kembali. Kucing itu makin tertunduk layu, seperti menanti saat-saat akhir usianya.

*dua tahun yang lalu*

PANG!

Pasu yang tertanamnya bunga yang mekar dan harum itu pecah berkecai akibat pertelingkahan antara dua ekor kucing jantan yang cuba merebut kawasan. Habis tanah, baja dan bunga berselerakan di jalanan. Kelihatan juga titis-titis darah yang memercik di dinding-dinding rumah. Bunyi kucing mengiau semakin lama semakin garau.

‘Ini kawasan aku!Jangan kau berani mengambil kawasan aku!’

Kata ketua kawasan itu, Jagoan.

‘Ah apa aku peduli, kau dah tua!sedar diri sikit!’

Balas pendatang baru itu, Selibut, sambil membalas cakaran Jagoan.

Jagoan terpaksa bertarung bermati-matian untuk pertahankan kawasan jagaannya selama 2 tahun itu. Kedatangan Selibut yang tak diundang itu adalah kerana Selibut merupakan anak kepada Mantera, ketua kawasan taman sebelah dan geng mereka ingin mengambil alih kawasan itu. Mantera yang begitu berdendam dengan Jagoan sejak mereka kecil lagi ketika mereka berguru lagi. Akan tetapi bagai cerita dongeng biasa, ada yang baik, maka timbullah yang iri hati.

Mantera mengasuh anaknya, Selibut untuk menundukkan geng Jagoan serta berhasrat untuk mengambil alih kawasan Jagoan. Akan tetapi, ilmu sang Selibut adalah tidak setara sama sekali dengan Jagoan. Cakaran yang terakhir di panggil ‘libasan cakar mengkudu’ telah menundukkan Selibut dan melumpuhkan hampir separuh badannya.

Sorakan disambut dan disertakan bersama kucing sekitarnya melaungkan kata-kata semangat kepada Jagoan.

‘Hidup Jagoan! Hidup Jagoan!’

Kemudian anak buah Jagoan telah mengangkat tubuh Selibut yang tidak bermaya itu dan meletakkannya di sebelah tong sampah.Begitu hina sekali diri Selibut diperlakukan keatas. Selibut hanya menunggu kedatangan konco-konco ayahnya untuk membawa dia pulang kepangkuan keluarganya.

Hari demi hari Selibut menunggu kedatangan sahabatnya, akan tetapi hanya perasaan hampa yang dia dapat. Kesakitannya tidak tertanggung, malah lapar dan dahaga tidak dapat dibendung. Selibut hanya pasrah kepada tuhan, jika ini hari terakhirnya, maka biarlah dia pergi dengan aman. Sebaik saja Selibut habis berdoa bersama titisan air mata, muncul seekor kucing betina melintas di hadapannya.

‘Ah, terkejut saya, apa awak buat di sini?

Sang betina menyoal sopan kepada Selibut.

Selibut tidak mampu berkata-kata, akan tetapi raut wajah selibut telah memberi 1001 jawapan kepada sang betina itu.

‘Tak mengapalah, biar aku bawa kau pulang, nanti, ayah ku akan ubatkan awak’

Sang betina itu meletakkan Selibut di atas kepingan kotak dan mula menarik tubuh lesu Selibut. Kemudian dengan menggunakan sepenuh tenaga sang betina itu mula menarik kotak tersebut menggunakan mulutnya. Selibut hanya mampu berdiam diri walau di dalam hatinya tersimpan penuh rasa kasihan. Terhenti seketika sang betina menarik kotak itu, dia mengambil nafas segar untuk menyambung membantu Selibut.

‘Tak mengapa, aku tak kisah membantu awak, mungkin ada hikmah disebalik perkenalan kita yang unik ini’

Kata sang betina lantas tersenyum dan mempamerkan sejuta kemanisan di mukanya. Tubuhnya yang bersih bercorakkan tompok si kucing siam menyambung menarik tubuh Selibut. Akhirnya mereka sampai di bawah satu jambatan. Setibanya di kawasan itu, kepala Selibut mula berpinar, Selibut hanya sempat melihat satu kepulan asap dan melihat seekor kucing tua yang sedang menghampiri dirinya. Lalu Selibut pengsan akibat kehilangan darah yang banyak.

Tuesday, August 2, 2011

najis diri.


Share/Bookmark
duniawi alpa realiti ku melupa.
kertas muka agung jadi tuhan dunia.
syaitan gelak kencing kan kepala.
aku?bodoh.lupa segala ajaranNya

aku rindu tikar sejadah.
berkhalwat sendiri.
terus bersujud menyembah.
tadah tangan doa persembah.

aku rindu ujian Mu.
aku hampir lupa tentang Mu.
aku makin kuat berselawat.
tapi aku lupa.maka aku mencarut aku dengan kata kesat.

sedih merintih menangis tertangis.
Allah sentiasa wujud.
cuma aku kian menjauh.
kenapa aku bodoh?

air wudhuk kian kering.
dibasahi maksiat berpeluh likat.
merah darah tak mungkin dapat ganti.
sesuci mutlak air di cuci.

Allahuakbar.
takbir pertama menggigil menggelupur.
Assalamualaikum.
salam terakhir aku sujud syukur.

tadah tangan.
baru ku tahu erti peminta sedekah.
harap dari pemberi.
berusaha menjadi hamba yang sejati.


Thursday, July 28, 2011

propaganda bintang tiga.media piramid mata satu.


Share/Bookmark

Tanah saigon dinoda Uncle Sam bermuka-muka.

Lawan mereka dari dalam tanah yang mereka bina.

Bintang tiga lain dari propaganda.

Karl Marx ajaran bukan untuk menyeksa.

Cuma menentang ajaran kapitalisma!

Kononnya Uncle Sam datang untuk membela.

Tapi terpecah semua satu negara.

Wujud selatan wujud utara.

Tapi.

Akhirnya.bersatu semula.

HAHA!

Pernah dengar tentang mereka kalah?

Tidak bukan?

Kerana hebatnya tusukan media.

Dicanang pelbagai kontroversi.otak dimeditasi.

supaya tidak menerima realiti tetapi menerima ilusi

Apa yang mereka ciptai.

Aku bangkit kan semula semangat sejarah.

Supaya manusia tidak lupa akan umbinya.

Aku bangkit kan semula semangat tawarikh.

Supaya an-nass tidak lupa pada janjinya.

Tanah kita.kita punya.

Walau kita berlainan rupa.

Orang datang kita sapa.

Orang menjajah?tanah ini kita bela.

Tuesday, July 26, 2011

jam pagi tik tok.


Share/Bookmark
jam 5:10 pagi.
gigih aku masih gigih.
temankan angin gigil sejuk.
mengetap gigi.menggigil dingin.
cuba mencari satu karya agung dunia.

jam 5.12 pagi.
aku lagi setia di sini.
mencari realiti.mencari konklusi.
acap kali menggunakan kosa kata.
mencari sebenar sesuatu makna.

jam 5.14 pagi.
aku tak pernah kasihan dengan mata aku.
tak pernah kasihankan otak aku.
kerana di minda separuh sedarlah.
aku berani berkarya.

jam 5.16 pagi.
aku tipu semua orang.
baik aku tidur macam semua orang.
kau pun tak pernah baca ape aku karang.
semua ini ibarat sampah dihurung serangga buat sarang.

utusan minta dipijak.


Share/Bookmark
pak!pak!pak!
aku sepak!
dup!dup!dup!
aku pijak!
ptuih!ptuih!ptuih!
aku ludah di tapak!

jangan pusing terlalu jauh mencari realiti.
sedangkan kau hanya di bulatan suatu ilusi.

kau lupa tentang segala tragedi.
hakikat kau tidak pernah sampai ketahap mahadewa untuk satu analogi.

hakikat kau lupa.
hakikat kau alpa.
kau tulis kau kurang faham.
kau tulis kau main taram.
tapi kau harap ramai orang mahu baca,gelak dan faham.

kau fikir kerana rupa.
kau fikir kerana suara.
kau boleh tarik kau punya glamour?
jangan kau lupa.
kata-kata aku lagi hebat dari kau punya picisan semata.

segan segan segan segan segan segan segan.
punya kau yang aku anggap teman.

segan segan segan segan segan segan segan.
punya kau yang selalu kuat perasan.

segan segan segan segan segan segan segan.
kau tahu tak aku segan?

kau harap ramai yang ikut.baca.suka.
sedang hakikat realiti.kau yang paksa.
kata-kata kau macam teratas kerana kau seorang yang punya rupa.
ptuihh.ludah aku baling.hadiah jatuh di muka.
baru kau tahu bakat kau itu sampah semata.

hahaha.
aku bukan hebat.
tapi aku punya bakat.
NOKTAH!
aku bukan lebat.
cuma atur kata lebih cermat.
NOKTAH!


Sunday, July 10, 2011

berkhalwat.


Share/Bookmark
lapar santapan rohani.
dahaga hirupan zikir.
aku rindu berkhalwat.
dengan tikar sejadah.
moga.
ada ruang aku bernafas.
di sujud terakhir aku.
melafaz.
kalimah azimat.
penentu pintu aku.
tersungkur atau bersyukur.

haram berhimpun.


Share/Bookmark
bangsa layu ditangan bangsa sendiri.
pemikir kalah dengan kuasa sendiri.
pemerintah takut dengan diri sendiri.
kita takut berpijak dibumi sendiri.

bergema paluan gendang.
beritma elok di jantung berdetak.
tapi sayang dicantas dengan angin loceng.
jatuh hilang hentakan paluan.

jangan bersih itu kotor namanya.
jangan kotor kerana sikap sebangsa.
malu diri dipalit tahi.
bersihkan tahi dengan tahi sendiri.

air mutlak diangkat balik.
mencari hakikat nama sebenar.
jangan kerana renjisan air.
agama bangsa kau campur aduk segala.

sedih melihat apa yang berlaku.
bukan perajurit bukan patriotik.
aku cuma merintih berperit.
aku ini yang mahu hidup di masa depan yang pahit.

berhimpun segala gender.
pertama kali tiada masalah seksual.
aku fikir perhimpunan cuma disekolah?
ah.sama saja.'cikgu disiplin' yang berkuasa.

jangan fikir di waktu sama.
cuba fikir tentang kandungan yang akan terhasil.
masa depan itu masih kabur kerana tindakmu.
bersurailah.
bersurailah.
bersurailah.

kabus ambiguous


Share/Bookmark
logik akal hanya satu kabus ambiguous.
belum terbit jangan kau anggap itu hasil.
itu mentah merah darah yang belum dimasak.
kau cuba gali 7 kaki, untuk korek isi hati.

kabus ambiguous masih kau kabur?
maka yang samar-samar kuasa 2.
jangan berhenti guna otak kedua belah.
jangan kau hentak medulla oblongata.

*menghela nafas.suasana senyap

nafas kau dub dap.jantung kau hiiss hiiss.
biar kau bertingkah.biar kau berlawan.
asal jangan kau seiring untuk melawan.
kabur kuasa 2 mungkin kau kuasai asasnya.

aku lebih gemar otak kanan.
tapi kiri aku masih lagi aku simpan.
otak aku bertukar warna dari putih ke kuning.
bukan rosak.tapi terlalu banyak kritisan terlalu kurang idea picisan.

tahap ambiguous masih memunjak.
kabus kabur kelabu jerebu.
kuasa 2 menjadi punca kuasa.
tiada hasil.tapi kau hanya berpusing di takuk lama.

pengkhianat setia.


Share/Bookmark
Kadang aku bersyukur dengan ketentuanNya kerana aku di sini masih lagi boleh menghirup oksigen limpahan daripada pokok-pokok hijau dedaunnya.Kadang itu pula aku sendiri teralpa di dalam kotak pemikiran aku sendiri sehingga aku lupa tanggungjawab aku sebagai khalifah pemimpin dunia. Walau bukan dunia sebesar mana, tetapi cukup sekadar dunia diri sendiri mengawal tindak tanduk serta personaliti.

Apa yang aku cuba kupas daripada segala yang aku baitkan?apa yang aku sudah puas dengan segala apa yang aku karangkan?apa aku sudah terlunas segala hutang aku di medan penulisan?
Aku sendiri masih ditahap kabur ambiguous apa yang aku cuba cari dalam penulisan aku ini. Akan tetapi yang penting tidak sama sekali aku menulis kerana gulungan kertas bermuka Agong di kanan itu, kerana apa yang aku tulis semuanya ikhlas dan biasanya aku menulis kerana desakan sahabat sepena sahabat setia sahabat dunia. Mereka kata mereka suka.

Oh. Bagus bukan aku mula membuat tulisan semacam ini, bukan mudah untuk aku mula berfikir disiang hari. Tapi kerana subuh memanggil, otak aku menjana lebih kritis berbanding sebelum ini. Terima kasih Tuhan kerana masih kurniakan aku otak yang tidak mungkin akan sama seperti orang-orang yang lain. Kadang aku terfikir, disebalik pemikiran yang sebegini, mungkin aku diberi dugaan yang pelik dan jelek untuk mengetahui samada tahap kufur nikmat aku di dunia hakiki ini.

Aku punya peminat?terima kasih aku lempar. Aku juga punya pengkhianat, bukan khianat bangsa khianat sahabat. cuma dia kurang suka apa yang aku karang, tapi dia masih baca. Selepas dia baca barulah dia sebarkan apa yang dia tidak suka. Aku cuma mengucapkan terima kasih dan senyuman aku lempar. Bukan senang hendak melakukannya, yakni membuat sesuatu yang baik dan ikhlas tetapi dibenci oleh orang yang cemburu dengan hasil yang jelas. Aku lebih mengucapkan terima kasih kepada pengkhianat yang masih setia melekat membaca.

Sunday, July 3, 2011

aku tiada baru kau guna.


Share/Bookmark
karya aku.bukan aku curi.bukan aku ambil dari mesin pencari.
hasilnya datang dari otak yang diberi.puas aku guna.aku kerah.aku mencari.
biar orang lain guna 10 peratus.aku guna 10.1 peratus apa yang diberi.
kau pernah jumpa orang boleh tulis/taip seperti tiada hadnya?
nah.selamat berkenalan dengan sang penglipurlara.

tapi.bukan segala aku tulis ini aku bangga.
orang cemuh keji.maki dan hina.
haha.mereka boleh berkata apa yang mereka suka.
tapi.sebenarnya.mereka itu tidak boleh berfikir di luar kotak yang terbuka.
hanya duduk di dalam takuk sendiri tiada keluarnya.

otak aku bukan otak biasa.mencipta benda diluar di jangka.
bukan untuk diguna waktu sekarang tapi utk hari muka.
kau kagum?terima kasih aku sua.
tapi.minta maaf.hasil ini tidak boleh di jual beli mahupun dipajak dijaja.

aku lagi suka bercerita semacam ini.
dari menulis panjang lebar tanpa henti.
dari berkarya atas bawah macam nak mati.
biar sederhana.kan itu sunnah Nabi.

tapi.tak ramai faham apa aku sembahkan.
mereka kata aku otak sampah.otak tiada siuman.
agaknya.bila aku tiada baru mereka mahu gunakan.
seperti hasil karya Allahyarham P.Ramlee, raja segala seniman.

Monday, June 27, 2011

aku tak mampu.


Share/Bookmark
suara aku tidak selunak untuk buat kau menangis terharu.
wajah aku tidak sekacak sehingga buat kau tersenyum tersipu.
aku cuma punya suara yang boleh mengatakan rindu.
aku cuma punya wajah yang memancarkan rasa cinta padamu.

tanganku tidak sepantas sang pemetik gitar alunkan lagu.
dendangkan lagu buat dodoian mu sang permaisuri jiwaku.
tanganku tidak secekap sang putera mengusap rambutmu.
tangan aku cuma mampu untuk mengelapkan airmata mu
bila kau sedih kehilangan dia dari dirimu.

Semalaman aku mencari kau,semalaman aku cuba memanggil kau, dari matahari terbit sehingga matahari terbenam.Setiap saat,setiap minit,setiap jam.Oh.tapi aku kecewa.aku berdukacita.jawapan yang kuterima.tidak seindah yang ku sangka.

Kau tahu betapa aku menjaga kau tanpa kau sedar.aku ibarat bayang-bayang yang selalu ada walau kau terbang.Tapi kau,buat aku seperti tapak kaki mu di pantai.wujudnya sementara.kemudian ombak pantai menghapuskannya jua.

Tetapi.aku cukup bahagia walau itu cuma sementara,aku dapat hadir dalam hati mu walau seketika.terima kasih cinta kerana singgah di jiwa ku.segala pahit manis aku terima dengan tangisan seorang pencinta yang setia.

kau gangster?


Share/Bookmark
oh.tolong.jangan cerita macam tempat tu kau yang pegang.setakat masuk pun mintak tolong orang.ini kau nak cerita kau lah maharaja di gelanggang?pfft..cermin muka lah binatang.tunggu masa orang buang kau ikut pintu belakang.

jalan-jalan memang jangan pandang depan.sebab belakang tunggu masa orang nak serang.
jalan-jalan memang jangan tunduk ke bawah.sebab di atas tunggu masa orang nak serang.
bukan aku cerita macam aku abang kawasan.tapi aku dah nak muak dengan kau punya perasan.
orang lain yang bagi kau muka.kau pula yang tunjuk kuasa.
umur tak sedar dah tua.tapi hakikat kau nak orang tunjuk mana selatan mana utara.
mana kiri mana kanan.eh.kau ni memang jangan berlagak macam ayam jantan.semua nak orang suapkan.tapi hasil.
pffft.lagi elok dari najis jalanan.

aku gangster?hahah.sorry.bukan aku mengaku gangster.bukan aku mengaku aku pukul orang dan bukak cerita satu Malaysia.
kau tak sedar kau buka pekung di dada.
cerita nak lebat konon kau hebat.
cerita nak kuat konon kau pesilat.

belum aku masuk hal perempuan.
cerita macam kau lah penyelamat handalan.
menjaga gadis sampai bapak ayam pun kau kalahkan.
hakikat.kau cuma gersang nk mintak sentuhan.

haih.penat lah aku nak bercerita.kalau kau tak bukak mata.
mari aku buka kau punya minda.
kau tu kosong.jangan fikir kau itu ada segala.
kau itu kosong.jangan fikir dunia ini kau punya.
kau itu kosong.kau itu kosong.

Monday, June 20, 2011

ang.ang.ang.


Share/Bookmark
memang sekeliling ramai orang aku pandang.tapi aku rindu.aku sayng engkau sorang.memang aku suka tengok orang jalan lengang-lenggang.tapi dalam hati aku.kau sorang aku pegang.bukan mata keranjang bukan hidung belang.cuma hati bilang.cari spare.cari ganti mana tahu kau tiba-tiba hilang.

oh.kau bengang aku bilang kau hilang?jangan berang.chill.tenang.semua benda boleh bawa jumpa bawa bincang.kan aku bilang aku sayang engkau sorang.kau tak percaya?boleh tanya satu kandang.hah.kan mereka jawab ya aku tak temberang.iya aku tak bayar dieorang rokok sebatang.apa lagi nak belanja makan setiap sorang.

syyh.kawan-kawan.dia dah hilang.hah mari sini.aku nak bilang.jangan kasi pecah lubang.jangan kasi dia berang.kalau dia tahu perangai aku kalah jalang.sorang-sorang memang dapat nasib malang.aku panggang bogel-bogel tengah sawah tengah padang.kalau dia masih dalam aku punya temberang.aku sayang korang.aku payung korang megi goreng sepinggan sorang.

hah.kau kau 'apa barang megi sepinggan sorang?'.dah kau nak apa?kaki masuk mulut.tembus sampai tulang belakang?baru kau tahu kat kawasan ni aku lah abang.ala.kau nk ugut pecah lubang.sekali kau bilang.belakang kau aku kasi berlubang sampai kengkang.dia kan masih sayang.masih percaya setiap butir kata aku bilang.kau ada bukti aku banyak simpang?apa?dalam msg fon?ala.delete all semua dah terbuang.

eh.sayang bila kamu datang?sory tak perasan sibuk banyak sangat sembang.sayang sihat?nak abang urutkan belakang?eh.mana ada nak mengampu nak kipas sayang.saya kan jaga awak macam gembala jaga seladang.eh.bukan saya cakap sayang macam binatang.tapi cara jaga cukup makan.pakai.jemput masa datang hantar bila pulang.

kan aku dah bilang dari siang-siang aku tak ada ganti kalau kau hilang.kau sorang je dalam hati sampai nyawa aku hilang.kau nak pergi mana?kau nak naik kapal terbang.jangan risau aku bagi kau semua wang.nanti cukup bulan aku cari kau mintak balik kau pulang.bukan kedekut tapi barang harga naik semua macam gampang.

lah.merajuk pulak sayang.kenapa ni.bulan dah datang?tak pe.jom pergi 7E beli pad ada sayap boleh terbang.masa tidur selesa rasa melayang.dah pakai?hah.ape lagi.balik lah.cepat.pulang!.nanti makin teruk pulak pendarahan yang tak diundang.loh.bukan menghalau bukan suruh pergi sekarang.tapi risau keadaan sayang.eh.mana saya nak temberang.tengok muka ni.kan suci bak bunga mekar di padang.

yess.dia dah pulang.aku mula mencari lubang.mana aku nak serang.yang itu?oh.tidak itu dah aku buang.wah.jahatnya aku macam binatang.apa nak buat.masa2 macam ni lah aku nak gersang.eh.dahlah.penat aku nak mengarang.sebelum aku merapu melampau baik aku berenti sekarang.korang baca ni.mesti rasa macam nk lempang.terajang.eh.blog aku.idea aku.tulisan aku.suka aku lah.kuang.kuang.kuang.

Tuesday, June 7, 2011

semalam kau comel 24 jam.


Share/Bookmark
kau memang comel semalam.
oh.lupa kau memang comel 24 jam.
dari jauh lirikan mata aku melihat tajam.
sumpah hati aku dupdap dupdap bagai direjam.

ku tarah 2 tayar sampai ke pelayan merah jambu.
berbaloi penat, lelah, kerana senyum mu.
walau kau tak terlintas tentang aku.
aku masih melintas di belakang bayang-bayang kamu.

mata kuyu masih ayu.
mata besar masih segar.
suara merdu masih syahdu.
kuat makan?HAHA!memang kau ada bela kan?



Thursday, May 19, 2011

im not a toy


Share/Bookmark
im a big boy.but still not a man.
i aint a toy.cuz i still got the game.
im not please you with joy.
but.im still share your pain.

up here.at my heart dear.
i open my chest just to show you dear.
bleeding with love.tears with misses.from day to years.
but still......

no matter what u go through
no matter what u into.
im still here gonna be beside you.
side by side even you dont have any clue.

with little 3 words.
you will be my side.
with little 4 words.
you will be mine till im died.
with little 2 words.
you ditch me like a bitch.




Tuesday, May 17, 2011

kryptonite original .


Share/Bookmark
hitam manis.
oh.aku punya kryptonite.
kau ada?kau punya mesti berbeza.
kau kata aku pelik?
eh.lain orang lain citarasa.

rambut lepas.baju kurung.
cair aku beku aku wap aku.
xsenang duduk.xsenang tidur.
kau kata aku pelik?
ok apa dari tengok porno dalam bilik.

hitam manis oh hitam manis.
kau kryptonite aku.
buat aku gigil satu malam guling-guling.
kau ada?
mestilah tak ada.sebab masing-masing ada nafsu masing-masing.

baju kurung rambut lepas.
kau kryptonite aku.
buat aku cair beku cair semula sampai jadi wap.
kau ada?
mestila tak ada.sebab dia tu aku punya sorang.

hitam manis.
kau memang manis.
tambah senyum sinis
lesung pipit terpampang gratis.
belum campur mata besar kenyit oh. sadissssss.



Sunday, May 15, 2011

im not....


Share/Bookmark
im not a psycho.
writing all the things that reminds me of you.
im not a psycho.
reminiscent all the memories that made of you.
it's just.
i miss you.

im not a heartbreaker.
crying over something that will never come back.
im not a heartbreaker.
listening to the songs that can bring the memories back.
it's just.
i miss you.

im not a pathetic man.
everyday talking bout you over and over again.
im not a pathetic man.
texting,calling and wishing you will do the same again.
it's just.
i miss you.

im not like you.
because im missing you.
and clearly.u not missing me.my boo?


Sunday, April 24, 2011

pasar malam


Share/Bookmark
3 barang 10 ringgit.3 barang 10 ringgit.boleh campur-campur.
ulang 14 kali.ulang 28 kali.sampai telinga kau naik hancur.
tapi apa boleh buat.rezeki dia.jual barang.bukan jadi pelacur.
tiap hari untung berkepuk.kita tengok telan air liur.

pasar malam.datang penuhkan masa lapang.
atau cari penyedap mulut.ubat perut yang gersang?
belanja itu ini.xpernah fikir pasal wang.
balik tengok.plastik melambak.duit dah kering kontang.

kuih 5, 2 ringgit.dulu seposen pun boleh makan puas.
beli banyak-banyak.inti kosong.siap boleh masukkan kapas.
apa boleh buat.kalau jenis orang nak untung pantas.
siap pakai pelaris.ludah dalam air.tangkal buat kipas.

'eh.ini macam best'.'eh.ini nak juga'
beli satu xcukup.beli banyak lagi baru bahagia.
beli makan.kuih buat pencuci mulut.air 3,4 plastik baru bangga
last2 kat rumah.semua lalat dengan semut yang ambil alih kerja.

Saturday, April 16, 2011

ketuk ketak ketuk ketak


Share/Bookmark
ketuk ketak ketuk ketak
keyboard aku tekan.aku hentak.
laju memang laju.pantas memang pantas.
tapi apa yang aku tulis.itu semua dalam separa waras.

ketuk ketak ketuk ketak
bunyi makin kuat.bunyi macam nak retak.
haish.taw lah laptop zaman sang rajunatapa.
tapi jangan lah rosak masa aku nak guna.

ketuk ketak ketuk ketak.
berhentilah.jangan taip.nanti rosak.
tapi.kalau aku berhenti.bosan melanda diri.
kalau aku terus kan ini.orang yang baca pula yang nak muntahkan diri.

ketuk ketak ketuk ketak.
ah.sudah.aku dengar bunyi lain lah pulak!
kruk krak kruk krak.
haish!perut aku pulak yang dendang lagu rock kapak

kruk krak kruk krak.
lapar ke?haish.bukan tadi aku dah banyak melantak?
apa boleh buat.bila ada duit.makan jela aku ingat.
bila tak ada duit.seluar londeh.perut diikat.

kruk krak kruk krak.
rasa-rasa kena lepak kedai makan ke tak?
atau nak bungkus,makan sorang2.
atau tidur terus mimpi melayang - layang.

kruk krak kruk krak.
ah sudah.kali ni bunyi ape pulak.
tuk tak tuk tak.
ceh.bunyi lagu Warp 1.9 lah pulak!!!!!!

Tuesday, April 12, 2011

untung kau.


Share/Bookmark
untung kau ada orang sayang kan.
untung kau ada orang kisah kan.
untung kau ada orang risau kan.
untung kau kan.

untung kau dapat tayar 4.
bumbung teguh.duduk rapat.
untung kau dapat makan mahal.
ringgit berkepuk.duit?bukan jadi hal.
untung kau kan.

untung kau macam sabut.
asyik timbul asyik disebut.
untung kau kalah durian.
terlebih runtuh.terlebih emas berlian.
untung kau kan.

untung kau tak kena panas belang.
untung kau tak kena hujan silang.
untung kau tak dapat tayar 2.
untung kau rambut tak payah nk alter.
untung kau kan.


Saturday, April 2, 2011


Share/Bookmark
jarang - jarang aku kata tentang dunia.
kerana selalu aku bercerita pasal dia.
dia, mereka, semua tentang cinta.
engkau, aku, semua pasal luka.

realiti tidak sama fantasi.
otak hanya bermainkan ilusi.
kau tersenyum lebar, aku nampak kau happy.
adakah benar kau betul - betul happy?

setiap kata terbait penuh masam di hujung.
setiap kata tercalit penuh sedih terselubung.
aku kan ada lagi.aku tak bohong.
kenapa kau masih lagi tidak mahu berhubung?



Monday, March 28, 2011


Share/Bookmark
kelibat kau aku perasan.
walau dari belakang aku nampak kau jalan.
aku tetap kenal itu kau.
kerana bau kau aku hidu.
psiko kan aku?

ah.aku endah tak endah.
buat seperti tiada apa yang berlaku.
buat seperti aku sedang menghisap candu.
berasa khayal dalam dunia ciptaanku.
berasa tinggi di syurga idamanku.

aku bingkas bangun.bingkas berlari.
dua tayar menanti sabar menanti pasti.
ingin berlari meninggalkan memori.
ah.rupanya semakin teringat terpanggil segala isi hati.
dua terpampang molek di depan seperti melambai di muka ku ini.

'hai lama x nampak?'
ku dengar di menyapa.
satu senyap satu gembira.
satu memandang satu menyinga.
aku paham apa mereka rasa.

aku juga menyapa kembali.
pandang dengan wajah sedih campur berdebar dihati.
adakah dia masih lagi aku diingati?
ah.gedik aku.bodoh sekali.
kenapa aku pernah terlintas pemikaran sebegini?

dari hujan kau bebas.dari ribut kau kilas.
tapi mungkin panas kau rasa.dan kau rimas.
iya.ingatlah.di dunia tidak semuanya kau dapat ramas.
ada manis.ada tawar.ada kongkong.ada bebas.
ada dingati selamanya.ada juga dilupakan secara lekas.

aku masih senyum comel molek melihat mereka.
gembira melihat mereka dijaga rapi dijaga segala.
tangan melambai seperti berkata.
'iya.kami bahagia'
'jangan lupa dia juga bahagia'

dahlah.berhenti menulis.
aku masih belum berhenti tersenyum sinis.
terima kasih.

Wednesday, February 23, 2011

kita sama~


Share/Bookmark
aku ada tayar dua!.
kau suka atau duka.ah.aku peduli apa.
kau lapar?aku ajak kau tolak pelawa.
kau mati?hah.padan muka.

alah.aku gurau - gurau sayang.
meh naik cepat abg bawa pergi tgk wayang.
abg janji x bawak macam superman tgh terbang.
ah sudah!bila pulak kita panggil abang sayang?

eh.lupa kamu juga penunggang setia.
cuma kadang iri hati kau dijemput pakai kereta.
sebab itu baran tidak semena.
aku nekad pasang bumbung atas tenggiling kita.

aku pun bodoh.marah kau.sampai nak maki.
walau aku tahu kau suka pakai helmet.visor halang matahari.
bawak laju kalah rempit kalah Rossi.
sebenarnya itu lah sebab aku suka kau buat pertama kali.

ah.apa peduli dengan segala tayar - tayar ini.
kita sanggup jalan dari sini sampai kedai makan kan sweetie?
duduk sibuk terasa sana sini.
bukan kenyang pun kalau asyik duk makan hati,





seorang penunggang jalanan.haiceh


Share/Bookmark
muka jadi hitam.tangan belang - belang.
kaki tahan bahang.badan sakit belakang.
badan aku bukan macam badang.
tahan sakit pakai helmet.ada visor.itu jadik penghadang.

redah hujan.redah panas.redah semua cuaca.
bukan kuat.bukan malas.cuma itu saja yang ada.
mahu naik?mahu ikut?mahu jalan sama - sama?
atau mahu bumbung.ada aircond setiap masa?

dua tayar?kau buat muka
empat tayar?kau jatuh cinta.
kau pernah rasa makan spoket dgn rantai cicah gula?
jangan fikir aku macam ini.poket aku nipis gila.

kau apa tahu.2 tayar ada nikmat.
lorong sendiri di buat sedia terkhidmat.
xmacam 4 tayar yang ada nama myvi.viva.kelisa.mahupun sepat.
eh.ktowng free jek taw lalu mane2 walau pakai lorong SMART!

sentiasa berpeluh.berpanas.basah.berhujan.
bukan aku rempit.tapi itu lah satu satunya peneman
aku sedar.kau lawa.kau cantik.kau perawan.
tapi.kau lupa.aku ini adalah jejaka idaman!

4 tayar.duit famili tetap bayar bulan - bulan.
bawa pergi McD pergi mapley.pergi KL pergi jalan - jalan.
turun tingkap sikit.tunjuk muka macam mintak kaki saiz lapan.
eh.bila dalam UKM.takut nk parking merata sebab xnak kena saman!

lalu highway.kepala hayun - hayun dengar lagu.
aku.lalu highway.kepala hayun - hayun elak dari terlayu.
tapi.bila jalan jem.kau sibuk marah maki.garu kepale cari kutu.
aku.senyum gelak sorang - sorang.sambil cilok.sambil lalu.
bila tengok muka kau kat sebelah.dah macam serupa penyu.


Tuesday, February 22, 2011

cukup - cukup lah mahasiswa ku.


Share/Bookmark
kemenangan disambut oleh mereka.
berkeliling di sekitar bersama motor dan hon di sapa.
bising di segenap alam.menanda kemenangan bersama.
cuma.tidak pernah tahu erti hormat kepada yang sedang lena.

iya.tahniah diucapkan kepada mereka.
sebenarnya aku tidak pernah ambil kisah apa perjuangannya.
mahupun ambil kisah tentang perjuangan lawannya.
namun aku kisah tentang apa nasib manusia yang bergelar mahasiswa.

adakah benar nasib masing - masing akan terbela.
jika kemenangan berdasarkan gaduh dan perang sesama kita.
walau sebangsa walau seagama.
aku malu.oh sumpah aku sedih sentiasa.

iya.mungin mereka menganggap aku meminta simpati cuma.
tapi aku ini di sini sudah cukup lama.
kedua mereka tidak membawa apa - apa makna.
jika anda habis belajar.adakah ini yang ingin anda tunjuk di medan bekerja?

aku cuma buat hal sendiri semuanya.
cuma lihat.cuma tengok cuma tulis apa aku rasa.
dengar pihak sini.mereka tuduh sana.
dengar pihak sana.mereka tuduh sini semula.
memang.sampai kiamat tidak akan tamat semuanya.

cuma.aku harap.perubahan yang dijanjikan.dikotakan semuanya.
jangan melepaskan batuk ditangga semata.
aku harap.kau tidak pernah alpa.
perjuangan sebenar adalah menegakkan agama.bukan bergaduh sesama kita.

Friday, February 18, 2011

sirap bandung.


Share/Bookmark
bila engkau jadi sirap.aku jadi susunya.
kau masih kekal nama kau.
tapi aku.berubah diri kerana engkau.
kerana.aku ingin menjadi yang terbaik di dunia.

eh.jangan lah nak berubah lagi.
kalau kau hilang.aku kembali ke asal ku.
aku takut kepada teh o ais sekarang.
kerana dia sudah ada limau di dalam diri.

kau.aku angau siang malam.
duduk diam pun tak senang.
aku ingin masa kita bersama.
semua orang puji kemanisan kita.

tapi.mengapa kau hadir kan bersama soda?
walau sangat sesuai dan sangat selesa.
tapi.aku terasa dan makan hati.
semua akan cakap kehebatan kamu.dia.tapi aku?

tapi apakan daya.kau mungkin suka akan soda.
dalam masa yang sama.kau tidak mampu buang aku.
tapi kau tetap mahu buang aku.
hebat sangat kan soda di dalam dirimu sayang?

aku masih sebati dalam hidupmu.
walau kadang limau kadang soda wujud.
tapi aku masih ada dalam hatimu.
kerana.kita yang paling pelik pasangannya.

Thursday, February 17, 2011

teh o ais.


Share/Bookmark
hirup hirup.hirup hirup.
sekali sedut.separuh tinggal.
ais berketul.air sesudu mungkin?
gelas plastik.tahan lama.tahan pecah.

tiap hari aku pesan.tiap hari aku sedut.
setiap kedai setiap ceruk.hanya itu yang pasti.
sedap atau tidak.itu tolak tepi.itu cerita lain.
asalkan aku dapat bersama dia.

sedut.hirup.sedap.pesan lagi.
selang seli air kosong.
megi goreng double telur mata diselitkan sekali.
nikmat lebih tinggi walau orang sibuk rokok.shisha.

kau.jangan hilang ya.
aku mati tanpa kau.aku buntu tanpa kau.
tiap hari aku cari kau.tiap hari aku hirup kau.
macam anak kecil sedut lolipop.seperti itulah aku sedut straw aku.

hisap.sedut.hirup.telan.
macam macam gaya aku buat.
asal dapat aku peluk dapat cium harummu.
asal dapat aku rasa dapat manisnya.
terangkat.sampai melayang.


kau masih ingat aku?


Share/Bookmark
kau.masih ingat aku?
minum air sama.makan kongsi sama sama.
tapi kau yang akan bayar.
walau kau gadis.tapi.kau faham aku.

kau.masih ingat aku?
kita borak gelak sampai hilang suara.
jam dari 8 malam sampai 8 pagi.
sebab.kau suka aku bercerita macam orang gila.

kau.masih ingat aku?
janji aku untuk kau masih aku pegang.
aku masih menulis.masih berdansa.
sebab.kau suka tentang itu ada yang dalam aku.

kau.masih ingat aku?
kerana.aku masih ingin kan kamu.
kerana hati aku berada ditangan kau.
seperti hati will turner di tangan elizabeth swann


Friday, February 11, 2011

fatwa haram


Share/Bookmark
kadang - kadan aku makin naik x faham dengan fatwa yang dikeluarkan. Aku x salah kan mufti2 islam.tapi aku salahkan rakyat yang sendiri menjatuhkan fatwa.
Lagi - lagi pasal sekarang pasal isu Valentine Day.iya.kalau ia haram.haram lah.tidak perlu lah nak menuduh anak muda yang berpasang pasangan itu menyambut hari ini.Dari tak dapat dosa.free2 dapat dosa fitnah.
Valentine Day tiap2 tahun ada dan setiap tahun itu lah setiap kali masuknya bulan 2, confirm di setiap celah di setiap genap di setiap lorong di setiap laman web akan berkata tentang keharaman dan sejarah Valentine Day.aku tidak nafikan yang menyambutnya boleh jatuh hukum haram.
apa beza nya dekat merokok?merokok itu berlaku setiap hari.dan ada fatwa yang berkata itu haram.akan tetapi kenapa tidak diperkuatkan????apa bezanya dengan Hari valentine??yang haram tetap haram..sejarah itu kita tolak tepi..kalau dah difatwa kan haram.kenapa ada perlu pertikaikan?kalau ada orang pertikaikan merokok..begitu juga ada orang mahu pertikaikan hari valentine..
kadang2 rakyat sendri yang membuat fatwa.dan menyebabkan kita sndiri menjadi mangsa....

Saturday, February 5, 2011

6:30 pagi.


Share/Bookmark
630 pagi.aku masih di sini.
ditemani suara embun yang menitis sejuk.
ditemani molek kayu dibeduk.
subuh dipanggil.aku terduduk.

630 pagi.aku masih di sini.
terlihat bait - bait titisan cinta terukir.
terlihat elok sang elok dan sang fakir.
berteman rindu.sampai masa yang terakhir.

630 pagi.aku masih di sini.
kurang tidur.kurang berjaga.
kurang makan.kurang segala.
ah.aku tidak pernah lengkap kepadanya.

630 pagi.aku masih di sini.
menunggu mentari terbit dari ufuk timur.
menunggu burung berkicau bangun dari tidur.
mungkin.juga menunggu cinta yang tulus dan jujur.

630 pagi.iya.aku masih di sini.
seteguk air pelbagai rasa.
seteguk kasih pelbagai curiga.
tapi.hilang semua.angkara diri tamak haloba.

oh.sudah 640 pagi.
tapi aku masih di sini.
mungkin.kita bertemu di 630 pagi.
esok pagi.

Monday, January 31, 2011

Khurafat = illuminati.


Share/Bookmark
hah.terkejut ke??
walaupun hanya satu babak sahaja yang aku sempat tengok tentang kewujudan illuminati/Freemason di dalam filem ini.ia cukup menunjukkan bahawa Malaysia, lebih2 lagi industri perfileman Malaysia tidak terlepas daripada gerakan Illuminati ini.walaupun kita boleh menggangap ia adalah kebetulan yang tidak disengajakan.akan tetapi literasi media masyarakat Malaysia sedikit sebanyak sudah berubah.sekali imbas memang ia kelihatan seperti beranda rumah yang biasa.akan tetapi semasa camera itu zoom out untuk group shot untuk bird eyes view iaitu pandangan daripada atas.kelihatan jelas jubin berpetakkan hitam putih serta dua tiang yang menjadi tiang rumah.sebagaimana yang kita tahu.kedua2 ciri2 itu adalah merupakan logo dan simbol penting untuk Illuminati / Freemason selain daripada all seeing eyes serta bentuk piramid dan segitiga.

Iya,memang boleh jadi ia adalah sekadar kebetulan yang tidak disengajakan.tetapi.di mata aku.ia cukup jelas.bukan mencari kesilapan filem kita.tetapi untuk mengajar mereka agar lebih sensitif terhadap isu2 yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat kita.
Gambar tidak disediakan kerana ingin anda menonton filem itu kembali (promote filem ini juga). dan anda menilai sendiri filem itu kembali.anda sudah menonton untuk berhibur.nah.sekarang anda menonton nya kembali untuk menilai dari aspek teknikal pula.

Masuk pula ke aspek teknikal.memang tidak dapat dinafikan filem ini memang berjaya menakutkan manusia yang menonton filem ini.pemetaan bunyi yang digunakan.pencahayaan yang bagus dan baik sekali.akan tetapi cara penghayatan watak dan perwatakan pelakon utama memang tersangat lah nampak kekoknya. Kelihatan watak Liyana Jasmay menjadi isteri orang memang tidak berjaya.dan watak Syamsul Yusof tersangat lah nampak di buat2..iya..kita tahu yang mereka melakonkan watak suami isteri.akan tetap..tidak perlu lah asyik babak berpelukan antara mereka sahaja perlu kita tonton..KITA DAH TAHU YANG MEREKA ITU SUAMI ISTERI dari awal cerita lagi..tetapi watak Sabrina Ali cukup berjaya memukau para penonton..
Skrip mereka pula memang tersangat lah bukan BAHASA seharian kita dan mungkin itu trade mark SKOP PRODUCTION??..

Kalau mahu diterangkan dari babak ke babak..memang aku boleh terangkan.akan tetapi cukup disini saja lah..anda pergi tonton semula cerita itu..baru anda menilai sendiri..

apabila menonton sesuatu filem dan anda mahu tahu keberjayaan sesuatu filem itu..anda perlu menontonnya sebanyak sekurang - kurangnya tiga kali..
tontonan pertama : anda menjadi penonton biasa yang inginkan hiburan
tontonan kedua : anda mula mencari dan menilai mesej yang ingin disampaikan.
tontonan ketiga : anda mula menilai filem itu dari aspek analisis umum,analisis khusus juga analisis teknikal.



Thursday, January 27, 2011

kenapa asyik kau?


Share/Bookmark
.aku rindu anda.

Wednesday, January 26, 2011

kau.sila berhenti.


Share/Bookmark
Oooo.oooo.
bertemu kisah bertemu kembali.
kisah tentang gadis cantik bak Lisa Surihani.
indah molek cantik mata berseri.
gelak tawa nya buat kita jantung terhenti.

iya.kau lah.kau yang aku sebutkan.
senyum sikit.lesung pipit aku nantikan.
gelak sikit.suara mu aku idamkan.
kenyit mata sikit.oh.aku pengsan!

aku mungkin bukan punya cinta tipikal.
tapi aku ada cinta magikal.
cinta sayang sama kau tahap kritikal.
oh.mungkin aku boleh koma masih hospital?

kau.jangan menangis jangan teriak.
kenapa kau menangis sampai hilang suara hilang tekak?
bangun pagi mata kau koyak.mata kau rabak.
kau mesti lupa kan aku wujud disini melekat dengan kau macam bau ketiak?